Wednesday, April 27, 2011

Mesyuarat PIBG Kali Ke-33



Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut pada hari Sabtu, 23 April 2011. Seramai lebih 250 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir.

Mesyuarat Agung PIBG telah dirasmikan oleh Puan Norzita Binti Abdul Kahar wakil rasmi Yang Berhormat Datuk IR. Hasni Bin Haji Mohammad ADUN Kawasan N53 Benut.

Mesyuarat pada kali ini merupakan perlantikan baru Ahli Jawatankuasa bagi Tahun 2011 – 2012. Encik Aros Bin Ibrahim telah dilantik sekali lagi sebagai Yang DiPertua PIBG manakala Encik Zulkifli Bin Tubee selaku Naib Yang Dipertua PIBG.

Sebanyak empat usul telah dibahaskan dan telah diterima sebulat suara untuk tindakan selanjutnya. Antara usul yang telah diterima :

1.      Bilik Tahanan bagi pelajar yang bermasalah terutama dalam masalah disiplin seperti tidak menyiapkan tugasan sekolah, ponteng kelas tambahan, tidak menjawab soalan peperiksaan dan masalah ponteng kelas. Pelajar ini akan diberikan tugasan dan perlu disiapkan bermula 1.50 petang sehingga 5.00 petang dengan dipantau oleh Unit Disiplin dan Hal Ehwal Pelajar.

2.      Yuran PIBG sebanyak RM40.00 setiap keluarga bermula sesi persekolahan pada tahun 2012.

3.      Pelajar yang melanggar peraturan disiplin seperti pakaian, seluar, tudung dan rambut berfesyen serta tidak mengikut peraturan akan diminta menghubungi ibu bapa dan penjaga untuk dibawa pulang dan dibenarkan ke sekolah seperti biasa setelah semua kesalahan yang dilakukan tidak diulangi semula.

4.      Tidak dibenarkan kenderaan ibu bapa dan penjaga dibawa masuk ke kawasan sekolah terutamanya pada waktu pagi ketika hujan renyai-renyai untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk.






































Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir. Teruskan kerjasama ini bagi kecemerlangan SMK Benut.

No comments: