Tuesday, July 10, 2012

Pelancaran Bulan Membaca 2012


10 JULAI 2012 – Majlis Pelancaran Program Bulan Membaca SMK Benut Tahun 2012 telah berjaya dilancarkan pada pagi ini semasa perhimpunan khas di padang SMK Benut. Majlis telah dilancarkan secara rasmi oleh Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut).

Visi program ini, iaitu memupuk budaya membaca sepanjang hayat. Matlamatnya pula, sebagai strategi untuk menanam nikmat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya, objektif program ini pula untuk mencari dan mengolah serta memanfaatkan informasi menggunakan bahan-bahan di perpustakaan. Akhir sekali dapat memupuk dan mengembangkan minat para pelajar untuk mengunjungi serta menggunakan perkhidmatan perpustakaan sebaik mungkin. Tema program ini ialah ‘Membaca Titian Ilmu’.

Pelbagai aktiviti telah dirancang, iaitu antaranya pertandingan kuiz ‘ebooks’, bercerita, ulasan buku, sinopsis cerita setiap minggu, sahibba, teka silang kata, buku skrap, rekacipta berasaskan surat khabar lama, ‘explore race’, mencipta dan mendeklamasikan puisi (sajak) dan ‘scrabble’. Semua pertandingan ini akan diberikan hadiah istimewa bagi peserta tempat pertama, kedua dan ketiga.

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini, para pelajar boleh mengunjungi Perpustakaan Za’aba SMK Benut untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan tersebut atau melalui guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Diharapkan semua aktiviti yang dirancang ini dapat kerjasama yang terbaik daripada pelajar SMK Benut.





No comments: