Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia SMK Benut


10 JULAI 2012 – Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat SMK Benut telah berjaya diadakan tepat jam 8.00 pagi oleh warga SMK Benut bertempat di padang SMK Benut.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut). Sebelum itu, persembahan khas nazam oleh pelajar Prauniversiti Junior yang sungguh mengasyikkan melodi syair yang didendangkan di bawah pimpinan Encik Mastura Bin Amat dan Puan Hajah Halijah Binti Ismaila.

Konsep yang dilaksanakan serentak seluruh negara sempena pelancaran bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan ini. Manakala objektifnya, untuk meningkatkan kesedaran termasuk guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan inovatif.

Kerjasama yang cemerlang ditunjukkan oleh warga SMK Benut dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang diketuai oleh Kelab Senamrobik SMK Benut yang dipimpin oleh Puan Faridah Binti Tahir, Cik Noormala Binti Mahmood dan Puan Suriani Binti Suhaimi serta ahli kelab. Tahniah diucapkan.

















No comments: