Saturday, October 18, 2014

Pecutan Akhir Calon SPM 2014

16 - 18 Oktober 2014: Seramai 40 orang pelajar calon SPM 2014 telah mengikuti satu program khas Pecutan Akhir SPM khusus untuk mata pelajaran aliran sains tulin. Program ini dijalankan di Kolej Tun Husein Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Program ini bermatlamat untuk meningkatkan keyakinan diri peserta untuk menghadapi peperiksaan serta mempersiapkan peserta untuk menghadapi peperiksaan dengan positif dan berkesan. Harapan kami, selepas tamat program ini peserta akan dapat memahami kepentingan dan keperluan peperiksaan di dalam sistem pendidikan di Malaysia, menangani tekanan peperiksaan dengan berkesan, merencana persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dalam tempoh masa yang semakin singkat serta membuat persiapan mental, emosi dan rohani bagi menghadapi hari peperiksaan nanti.

Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini yang sanggup mengorbankan waktu cuti demi anak-anak SMK Benut. "We Are The Best"





No comments: