Sunday, November 2, 2014

Seminar Integriti Zon Benut 2014


 

1 November 2014: Satu kursus LaDaP anjuran PPD Pontian telah dijalankan di bilik Mesyuarat As-Syafie yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir 12.45 tengahari.

Kursus kali ini bertajuk Seminar Integriti Dalam Pendidikan. Selain daripada SMK Benut turut hadir adalah warga pendidik dari SMA Bugisiah dan SJK(T) Parit Ibrahim.

Penceramah jemputan telah didatangkan khas dari Institit Integriti Malaysia (IIM) iaitu Tn. Hj. Tumiran Parlan yang merupakan mantan GPK HEM SMK Pekan Nanas. 

Hasil daripada seminar ini bolehlah dibuat kesimpulan: integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.

No comments: