Tuesday, September 15, 2015

Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kajian Kemasyarakatan
& 
Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-58


15 September 2015 (Selasa) : Sebuah majlis penutupan bulan penghayatan kajian kemasyarakatan telah diadakan pada hari ini bagi menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan bulan penghayatan kajian kemasyarakatan Smk Benut. Majlis penutupan ini telah menjemput Yang Berbahagia Pn. Hjh Khalida binti Hj Baba (Mantan Pengetua Smk Benut) bagi menjayakan majlis. 

Selain itu, majlis penutupan ini juga telah diserikan lagi dengan persembahan daripada Johan Pengkisahan Sejarah Peringkat Daerah Pontian serta deklamasi sajak kemerdekaan dan sehati sejiwa daripada pelajar-pelajar Smk Benut. Para pelajar juga membuat persembahan nyanyian lagu Sehati Sejiwa.

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar Smk Benut secara menyeluruh. Disamping itu para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu mengharumkan nama baik Smk Benut di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah atau sebagainya.

Objektif program ini adalah untuk 
  • Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme.
  • Mencungkil bakat pelajar.
  • Menguji pengetahuan am para pelajar.
  • Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
  • Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.
  • Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien.
  • Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.
We Are The Best...






 selanjutnya sila klik disini

No comments: