Sunday, January 3, 2016

Pendaftaran Tingkatan 1 dan Asrama Asli 2016

2 Januari 2016: Pendaftaran murid baru tingkatan 1 telah dijalankan di Dewan Baiduri SMKB. Seramai 121 murid telah hadir bersama ibu, bapa dan penjaga untuk mendaftar anak-anak mereka.

Sebelum proses pendaftaran dilakukan, satu taklimat ringkas telah diberi oleh GPK HEM, En Ariffin Bin Bajuri dengan dikendalikan oleh Pn Asiah Aziz sebagai juruacara.

Dalam taklimat ringkas tersebut, beliau memohon agar ibu, bapa dan penjaga dapat memberikan sokongan serta kerjasama yang padu terhadap program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah disamping dapat menyahut sebagaimana anjakan ke-11 dalam PPPM iaitu Pelibatan Ibu bapa & Komuniti (PIBK).

Proses pendaftaran tingkatan 1 berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. 

Seterusnya di asrama pula pendaftran turut dijalankan bersama Penyelia dan 2 orang warden. Ibu, bapa dan penjaga memberikan kepercayaan yang penuh terhadap pentadbiran asrama yang telah menghasilkan murid-murid yang boleh ditampilkan kehadapan sama ada dalam akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.


No comments: