Kajian Geografi: Hutan Lipor Gunung Ledang
14 Julai 2016 (khamis): Seramai 29 orang pelajar tingkatan 6 atas semesta 3 serta diiringi 5 orang guru terlibat dengan kajian geografi di Hutan Lipor Gunung Ledang. Kajian yang dijalankan adalah tentang Pola Perbezaan Suhu Mengikut stesen pada tiga tempoh yang berbeza di sepuluh lokasi cerapan yang berbeza di Gunung Ledang (sejauh 200m). Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang mengambil subjek geografi STPM 2016. Kajian tersebut dibantu oleh 2 orang ranjer hutan bagi memberikan tunjuk arah sepanjang kajian dijalankan. Antara objektif kajian adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan kajian yang dijalankan.
|
|
No comments:
Post a Comment