Friday, September 30, 2016

Majlis Qiamullail Calon PT3 SMKB

29 September 2016: Qiamullail merupakan satu amalan yang amat digalakkan bagi umat islam. Disamping ibadah fardhu yang ditunaikan setiap hari dengan ibadah ini kita dapat membentuk jiwa dan rohani lebih mantap.

Bagi menghadapi PT3 yang semakin hampir, pihak pengurusan sekolah telah menganjurkan Majlis Qiamullail. Semua calon PT3 beragama islam telah menyertai majlis ini yang dijalankan di asrama asli SMKB.

Antara objektif program ini:
  • Menggalakkan murid cara menunaikan solat sunat yang dilakukan semasa Qiamullail
  • Melahirkan murid yang berdisiplin khususnya dalam solat
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim

Terima kasih kepada semua warga pendidik SMKB yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ia akan memberikan keberkatan  hendaknya, InsyaAllah.



No comments: