Sunday, January 14, 2018

Aktiviti Sarana Ibubapa (Gotong-Royong 2 Ibnu Rusyd)

Pada 7 September 2013, Guru Tingkatan   2 Ibnu Rusyd iaitu Puan Hanipah bt Rosli telah menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas bersama dengan murid dan ibubapa murid kelas tersebut. aktiviti gotong-royong tersebut melibatkan pembersihan kelas, mengecat dan juga menghias kelas. Ibubapa murid  2 Ibnu Rusyd telah memberikan kerjasama yang sangat baik kerana telah bersama-sama turun padang dalam aktiviti ini. 

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah dan ibu bapa murid-murid 2 Ibnu Rusyd. Selain itu, aktiviti ini juga membantu menceriakan kelas tersebut seterusnya memberikan keselesaan kepada murid-murid kelas ini sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.


Usaha guru kelas tersebut perlu diberi pujian dan dijadikan contoh oleh semua guru-guru yang lain. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan bagi mengeratkan hubungan antara guru, ibubapa dan murid seterusnya dapat membina ukhuwah yang baik di kalangan mereka.













No comments: