Thursday, February 1, 2018

Majlis Pemberian Tablet SMK Benut



TARIKH : 30 Januari 2018 (SELASA)
TEMPAT : Bilik ‘War Room’, SMK Benut

Majlis penyerahan tablet kepada guru-guru SMK Benut  telah diadakan dengan jayanya pada 30 Januari 2018 dengan kerjasama daripada 11 orang wakil guru yang dilantik dan pentadbir. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Taklimat pengagihan, maklumat mengenai tablet, aplikasi Tutor Guru, e-Paper Utusan Malaysia, meja bantuan serta sebagainya telah dilaksanakan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Kumpulan Utusan, sama ada di BTP Negeri (BTPN) atau di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terbabit.
Objektif pemberian tablet ini adalah supaya guru boleh mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan :

1.      merangsang murid berkomunikasi
2.      merangsang murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran
3.      mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif
4.      mengajukan soalan/ mewujudkan situasi yang menjurus ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
5.      mewujudkan peluang untuk murid memimpin
6.      menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
7.      menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri



Dengan pembelajaran bersumberkan bahan tanpa sempadan yang disediakan Tutor Guru, maka guru boleh sahaja mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid dengan isu-isu lokal dan global. Semoga, penganugerahan tablet guru membolehkan guru merancang pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara profesional dan sistematik seterusnya meningkatkan pencapaian dalam bidang pendidikan negara.










No comments: