7 November 2018: Majlis Mohon Restu dan Jamuan Calon SPM 2018 telah dijalankan secara sederhana tetapi cukup meriah dan bermakna.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan wakil pelajar dan ucapan Guru Penolong kanan Pentadbiran, Pn Roby bt Abd Hamid. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar semua calon SPM sentiasa dalam keadaan yang bersedia bagi menghadapi peperiksaan. Beliau juga mengingatkan agar dapat memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dapat dijaga supaya tidak mengganggu penumpuan calon sewaktu peperiksaan sedang berlangsung. Selesai ucapan tersebut, semua murid bersalam-salaman sambil memohon restu kepada semua pentadbir dan guru-guru matapelajaran mereka.
Semoga semua calon SMKB akan beroleh kejayaan yang cemerlang. "SMKB, We Are The Best"
No comments:
Post a Comment