
Thursday, December 19, 2019
Wednesday, November 20, 2019
Majlis Jamuan Semarak Kasih Semarak Budi
Pada hari Ahad , 17 November 2019 – KEBIRU SMK
Benut telah berjaya mengadakan majlis jamuan persaraan Pn Zainah di Pinetree
Hotel, Batu Pahat. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan
SMK Benut. Majlis ini juga turut
dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga yang diraikan.
Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dan
berakhir pada jam 4.00 petang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh
Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Majlis disambung dengan aktiviti jamuan makan
oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Kemudian, majlis disambung dengan
ucapan Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Dalam ucapannya, tuan pengetua
merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala
usaha dan komitmen Pn Zainah sepanjang berada di SMK Benut. Beliau mengharapkan
agar ukhwah yang dibina akan kekal sepanjang hayat. Majlis diteruskan dengan
ucapan yang diraikan yang mana beliau telah merakamkan ucapan terima kasih
kepada seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menyumbang bakti tenaga di
SMKB.
Diharap Pn Zainah akan terus maju jaya dan
SELAMAT BERSARA dari seluruh warga SMK Benut.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :
Gotong-Royong SMK Benut 2019
TARIKH:
10 November 2019
Sekolah
Menengah Kebangsaan Benut telah mengadakan Program Gotong-royong di sekitar kawasan
sekolah. Program ini telah dapat mengeratkan semangat bekerjasama antara warga
sekolah dan menaiktaraf kebersihan dan keceriaan seluruh kawasan sekolah.
Objektif :
1) Mewujudkan kerjasama dan
perpaduan antara warga sekolah dengan komuniti selaras dengan kehendak SKPMg2
pada standard kualiti 2.6.1 iaitu merancang dan melaksanakan program yang
berteraskan perpaduan.
2)Mewujudkan
persekitaran yang ceria dan harmonis untuk mencapai visi dan misi sekolah serta
Falsafah Pendidikan Negara.
3)
Menceriakan persekitaran kelas dan sekolah seiring dengan motto kelas
Pembelajaran Abad ke-21.
Diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan
datang dan jutaan terima kassih diucapkan kepada seluruh warga sekolah SMKB yg
telah menjayakan aktiviti ini.
Friday, October 25, 2019
Majlis Sanjungan Budi Semarak Kasih
Rasional
Detik persaraan merupakan hari bersejarah dalam diri kehidupan seseorang penjawat awam terutama bagi seorang guru yang berdedikasi seperti PUAN ZAINAH BINTI PIT. Oleh yang demikian sebagai tanda menghargai jasa serta sumbangannya, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis bagi meraikan persaraan beliau.
Matlamat
Melahirkan semangat kerjasama serta menyemai perasaan
penghargaan dan kasih sayang antara persara dengan warga SMK BENUT
Objektif
- Menyanjung budi dan mengenang jasa guru yang bersara dalam perkhidmatan.
- Mewujudkan keakraban dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga SMKB
- Memberi lambaian terakhir kepada guru yang bersara pada hari terakhir perkhidmatan beliau.
Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama SMK Benut & Sambutan Hari Lahir
Pada tanggal 22 Oktober 20179, sebuah Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama SMK Benut
& Sambutan Hari Lahir telah diadakan
di Rumah Citra Sri Pinang, Benut. Majlis
ini disertai oleh ahli jawatankuasa asrama bersama seluruh warga asrama SMK
Benut.
Majlis ini diadakan bertujuan meraikan seluruh warga asrama
yang telah bersama-sama sepanjung setahun dan sebagai tanda kesyukuran atas segala
kelancaran dalam pengurusan asrama bagi tahun 2019.
Warga SMKB sangat berterima kasih kepada seluruh ahli
jawatankuasa pengurusan asrama atas segala khidmat bakti yang telah diberikan.
Semoga pengurusan di asrama akan lebih lancar dan berjaya di masa akan datang.
Hari Keluarga SMK Benut 2019
Pada 11-12 Oktober 2019 – KEBIRU SMK Benut
telah berjaya mengadakan Haari Keluarga SMK Benut bagi tahun 2019. Majlis
sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan SMK Benut. Majlis
ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran
ahli keluarga guru-guru dan staf sokongan.
Hari Keluarga SMK Benut telah diadakan di
Tanjung Sepang Beach Resort. Semua warga SMKB yang telibat berkumpul di Tanjung
Sepang Beach Resort pada pukul 3.00 petang untuk urusan masuk ke bilik
masisng-masisng. Aktiviti pada petang tersebut adalah riadah bersama keluarga.
Majlis jamuan akhir tahun bermula pada jam
8.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust.Mohd Fauzi bin Mohd
Amin. Majlis disambung dengan aktiviti jamuan makan oleh semua yang hadir pada
hari tersebut. Kemudian, majlis disambung dengan ucapan Tuan Pengetua, En
Zulfidy bin Hj Monel. Dalam ucapannya, tuan pengetua merakamkan jutaan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala usaha dan kerjasama dari
guru, dan staf SMK Benut. Beliau mengharapkan agar ukhwah yang dibina akan
kekal sepanjang hayat. Majlis kemudian disambung pula dengan ucapan daripada
Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU), En Abd Khalil. Selaku tuan rumah pada hari
itu, beliau mengucapkan ucapan terima kasih atas segala kerjasama beliau dan
pasukannya menerajui KEBIRU. Beliau juga mengambil kesempatan memohon maaf atas
segala kekurangan sepanjang KEBIRU menjalankan tugas. Semua warga SMK Benut
kelihatan gembira menikmati pelbagai juadah dan kuih-muih yang disediakan. Majlis
disambung dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada semua guru dan staf
SMK Benut.
Aktiviti hari keluarga bersambung dengan
aktiviti sukaneka pada keesokan harinya. Terdapat beberapa aktiviti yang
dijalankan yang mana disertai oleh semua guru dan keluarga masing-masing. aktiviti
sukaneka disambung pula dengan aktiviti ridah bersama keluarga sebelum
masing-masisng pulang pada pukul 12.00 tengahari.
Semoga aktiviti seperti ini akan terus
dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan bagi
seluruh warga SMK Benut. Diharap majlis ini dapat mengeratkan hubungan seluruh
warga SMK Benut.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :
Tuesday, August 27, 2019
Sambutan Hari Kebangsaan SMK Benut 2019
TARIKH : 21 Ogos 2019 (RABU)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00
pagi
TEMPAT : Dataran Baiduri, SMK
Benut
Majlis Pelancaran Hari Kebangsaan Malaysia 2019 telah diadakan dengan jayanya pada
21 Ogos 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik.
Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1) Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra
bangsa Malaysia.
2) Menanamkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan
pelajar
3) Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa
kebangsaan
Majlis dimulakan dengan persembahan gimik perasmian dan diteruskan
dengan acara perasmian oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Gimik
tersebut berakhir dengan sesi bergambar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan
persembahan murid sempena bulan kemerdekaan. Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan jati diri,
menanamkan rasa keinsafan dan perasaan bersyukur dalam kalangan seluruhwarga
sekolah seterusnya menghargai pengorbanan para pejuang tanah air yang berjuang
dengan serba kekurangan, tanpa senjata moden, tanpa alat komunikasi canggih dan
tanpa kekayaan harta benda.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wednesday, July 24, 2019
KEJOHANAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019
Bermula pada 26 Jun 2019 pertandingan peringkat zon
utara bagi 6 daerah iaitu Batu Pahat, Muar, Kluang, Segamat, Mersing dan
Tangkak. Manakala peringkat zon selatan berlangsung pada 4 Julai 2019 bagi 4
daerah iaitu Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Guru pengiring pasukan ini ialah :
Pengiring Pasukan
|
Nama Guru
|
SENIOR LELAKI
|
EN. ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL
|
SENIOR PEREMPUAN
|
EN. MOHD LUTFI BIN MOHD KAMRAN
|
JUNIOR LELAKI
|
EN. MOHD KHAIRUL BIN ZAINAL
|
JUNIOR PEREMPUAN
|
CIK SITI NORAZLIKHA BINTI ZELKEPLI
|
8 pasukan terbaik peringkat zon bagi setiap
kategori akan bertemu pada pusingan akhir yang diadakan pada 21 Julai 2019 di
Gelanggang Petanque MBJB, Taman Perling, Johor Bahru. Koperasi SMK Benut
Pontian Berhad berjaya memasuki pusingan akhir bagi kesemua 4 kategori yang
dipertandingkan iaitu Senior Lelaki, Senior Perempuan, Junior Lelaki dan Junior
Perempuan. Keputusan penuh bagi Koperasi SMK Benut Pontian Berhad seperti di bawah:
PASUKAN
|
NAMA
PEMAIN
|
KEPUTUSAN
|
|
SENIOR LELAKI
|
1
|
MUHD ADAM BIN AZMI
|
JOHAN
|
2
|
MUHD ARIF BIN KANA
|
||
3
|
MUHD IZHAM HAQIMI BIN OSMAN CHONG
|
||
JUNIOR LELAKI
|
4
|
MUHAMMAD
KHAIRUL HAKIMIY BIN SALIHEN
|
KETIGA
|
5
|
MUHAMMAD
ZULSHAH AMIRUL BIN ZULIAZAI
|
||
6
|
MUHAMMAD
ZAFRAN BIN AZMIR
|
||
SENIOR PEREMPUAN
|
7
|
AMIERA NATASHA BINTI ADUL
|
NAIB JOHAN
|
8
|
SITI NUR FIRDALEYANA BINTI MAHMOD
|
||
9
|
ALIA MAI SARAH BINTI RIDZUAN
|
||
JUNIOR PEREMPUAN
|
10
|
SITI ZULIKA BINTI ZAINAL ABIDIN
|
SUKU AKHIR
|
11
|
NUR FARISHA
DANIA BINTI BAHARUM
|
||
12
|
SITI NUR
ZULAIKA BINTI MOHD ZAKRI
|