TARIKH : 21 Ogos 2019 (RABU)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00
pagi
TEMPAT : Dataran Baiduri, SMK
Benut
Majlis Pelancaran Hari Kebangsaan Malaysia 2019 telah diadakan dengan jayanya pada
21 Ogos 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik.
Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1) Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra
bangsa Malaysia.
2) Menanamkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan
pelajar
3) Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa
kebangsaan
Majlis dimulakan dengan persembahan gimik perasmian dan diteruskan
dengan acara perasmian oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Gimik
tersebut berakhir dengan sesi bergambar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan
persembahan murid sempena bulan kemerdekaan. Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan jati diri,
menanamkan rasa keinsafan dan perasaan bersyukur dalam kalangan seluruhwarga
sekolah seterusnya menghargai pengorbanan para pejuang tanah air yang berjuang
dengan serba kekurangan, tanpa senjata moden, tanpa alat komunikasi canggih dan
tanpa kekayaan harta benda.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment