TARIKH : 20 Februari 2019
(RABU)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00
pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK
Benut
Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Bahasa 2019 telah diadakan dengan jayanya pada
20 Februari 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang
dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah
dirancangkan.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1) Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra
bangsa Malaysia.
2) Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
3) Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa
kebangsaan
4) Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan
Negara bangsa
Majlis dimulakan dengan persembahan gimik perasmian dan diteruskan
dengan acara pemotongan riben oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel.
Gimik tersebut berakhir dengan sesi bergambar. Sepanjang minggu ini, beberapa
pertandingan telah dijalankan dipecahkan kepada tiga iaitu Pertandingan Bahasa
Cina, Pertandingan Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahasa Inggeris. Antara
pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan menulis esei,
pidato/syarahan, sajak dan syair, scrabble, treasure hunt, wonder world,
kaligrafi cina, kuiz bahasa cina dan bermacam-macam lagi aktiviti. Semua murid
digalakkan untuk terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan.
Pada hari tersebut, pelancaran Program NILAM 2019 turut
dijalankan. program ini bertujuan untuk memupuk tabiat
membaca dalam diri seterusnya melahirkan individu yang berilmu tinggi. Majlis
diteruskan juga dengan Pelancaran Program Sekolah Penyayang, Mentor Mentee dan
Sambutan Hari Lahir 2019. Majlis perasmian pada hari itu berakhir pada pukul 8.10 pagi dan
murid-murid bergerak ke perjumpaan Kokurikulum.
No comments:
Post a Comment