TARIKH : 18 Februari 2019
(ISNIN)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.10
pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK
Benut
Majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah 2019 telah diadakan
dengan jayanya pada 18 Februari 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik.
Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
PROGRAM 'Jom Ke Sekolah" yang direncanakan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dengan kerjasama Polis DiRaja
Malaysia(PDRM) melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti(JPJKK) bertujuan untuk menangani masalah disiplin pelajar dan
salahlaku jenayah bermula diperingkat akar umbi.
Objektif program
ini dijalankan adalah untuk :
§
Menggalakkan
pelajar hadir ke sekolah.
§
Mengelakkan
berlakunya gejala negatif.
§
Menyemai
sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.
§
Meningkatkan
pencapaian akademik pelajar.
§
Mencapai
ETR kehadiran sekolah (95%)
Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Pontian, Inspektor Mohd Nor Idham bin Ali Mat Nor yang
turut membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia turut menegaskan bahawa
perencanaan yang difahami dengan berkesan adalah langkah permulaan terbaik bagi
melengkapkan disiplin murid dan melunaskan sekolah sebagai agen sosialisasi.
Program yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) KPM bersama-sama PDRM adalah usaha murni serta langkah mendekatkan pelajar kearah nilai positif yang berkesan dalam menimba ilmu dan mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Selain itu program ini dilaksanakan untuk membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid disekolah.
Justeru itu, Program Jom Ke Sekolah adalah satu
usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah
serta pembinaan sahsiah murid yang mantap serta pengurusan disiplin di sekolah
yang memerlukan komitmen semua pihak agar kemenjadian murid lebih cemerlang.
Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan warga sekolah dapat memberikan saluran yang sesuai untuk menerima aduan dan menyelesaikan masalah yang berkaitan disiplin murid. Selain menjaga keamanan persekitaran, kita dapat mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan PPS.
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment