Sunday, January 12, 2020

Kejohanan Merentas Desa SMK Benut 2020


TARIKH : 11 Januari 2020 (Sabtu)
MASA : 7.20 pagi hingga 11.30 pagi



Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SMK Benut yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKB. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini seperti biasa, acara merentas desa ini melibatkan murid-murid tingkatan 1 hingga 5 mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Panglima, Laksamana, Bendahara dan Temenggung.

Matlamat utama aktiviti ini diadakan bertujuan untuk:

1)      Membina minda berkonsepkan budaya sihat kepada murid-murid di SMK Benut, Pontian.
2)      Mengeratkan hubungan silaturahim, setia kawan di antara warga pendidik dengan murid dan sesama murid.
3)      Berkonsepkan semangat setia kawan dan semangat ingin maju di samping berlumba-lumba untuk menang.
4)      Larian ini sebagai seiring dengan satu mesej kecemerlangan dalam pendidikan di sekolah.

     Aktiviti bermula seawal jam 7.20 pagi. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing. Pada jam 7.30 pagi, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan dibantu oleh Pn Faridah bt Tahir. Selepas itu, En. Khalil memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Tepat jam 8.30 pagi, acara merentas desa bagi kategori lelaki dimulakan.  Semua murid lelaki dilepaskan mengikut kategori diikuti kemudiannya dengan acara merentas desa kategori perempuan. Aktiviti berakhir pada jam 11.30 pagi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga terima kasih atas segala usaha dari warga SMKB dalam menjayakan aktiviti merentas desa tahun ini.


 


















No comments: