MASA : 9.00 pagi hingga 1.00 ptg
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut
LATAR BELAKANG
Sambutan Maulidur
Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam
SMKB. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh
penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan
menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan
hidup ini.
OBJEKTIF
1) Menanam rasa cinta yang mendalam kepada
Rasullullah .
2) Melahirkan kesedaran kepada murid-murid
mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
3) Memberi pendedahan kepada murid tentang
kepentingan memelihara akhlak dan
tingkah laku sebagai seorang Muslim.
4) Mengasah bakat murid dalam aktiviti
berteraskan Islam
5) Merapatkan silaturrahim antara guru dan
murid-murid dalam memartabatkan
Pendidikan Islam.
RINGKASAN MAJLIS
Murid-murid dan guru-guru
berkumpul di Dewan Baiduri pada jam 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan budaya
Al-Quran, selawat dan marhaban. Kemudian, majlis dimulakan dengan bacaan doa,
tayangan video dan juga slaid. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua
SMKB, En. Zulfidy bin Hj Monel. Dalam teks ucapannya, tuan pengetua berharap
sambutan maulidur rasul ini dapat di imarahkan lagi dan dijalankan sepanjang
tahun.
Majlis diteruskan
dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ust. Rusydi Ramli &
Heliza Helmi. Pengisian ceramah sangat padat dan dipenuhi dengan nasihat dan
motivasi kepada warga SMKB dalam memperingati hari bersejarah kelahiran
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment