12 JULAI 2008 – Warga Pendidik dan Kakitangan Sokongan SMK Benut telah menyertai Kursus Profesionalisme yang bertajuk Pengurusan Kewangan. Kursus tersebut telah berjaya diadakan di Perpustakaan Zaaba, SMK Benut bermula pukul 8.00 pagi sehingga 2.30 petang.
Kursus tersebut telah disampaikan oleh Encik Zakaria Bin Md Tahir, Puan Siti Mazura Binti Arep dan Puan Lebi Binti Md Taher.
Kursus tersebut telah berjaya memberikan pengetahuan dan cara mengurus kewangan terutama dalam perbelanjaan mengurus bagi panitia mata pelajaran, guru penasihat persatuan, kelab dan badan beruniform. Selain itu, turut diberikan prosedur pembelian yang perlu dilakukan serta panduan pemungutan yuran pelajar bagi guru tingkatan.
10 – 11 JULAI 2008, SMK Benut telah mewakili Daerah Pontian dalam pertandingan Festival Sains dan Teknologi peringkat Negeri Johor 2008 di SMK Sains Tengku Mahmod Iskandar, Muar, Johor.
Sebanyak dua pertandingan telah disertai oleh SMK Benut iaitu Pertandingan ‘Solar Car Race’ dan Pembentangan Topik Sains.
Keputusan rasmi bagi pertandingan ‘Solar Car Race’, pasukan SMK Benut yang terdiri daripada Mohd Nabill Fakhrie Bin Md Rapie (5 Ibnu Sina), Muhd Ruzaifi Bin Abdul Rasid (5 Ibnu Sina) dan Andy Syaiful Aziz (4 Ibnu Sina) telah berjaya mendapat JOHAN dalam pertandingan tersebut.
Pasukan ini terpilih untuk mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 17 – 22 Ogos di Sarawak.
Keputusan rasmi pertandingan Pembentangan Topik Sains, pasukan yang terdiri daripada Nur Raihan Binti Anuar (4 Ibnu Sina), Iklil Nabihah Binti Abu Bakar (4 Ibnu Sina) dan Nur Hidayah Binti Ahmad (4 Ibnu Sinar) telah berjaya mendapat tempat KETIGA.
Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan cemerlang anda.
4 Jun – 5 Jun 2008, Pertandingan Seni Silat Olahraga peringkat Daerah Pontian 2008, telah diadakan di Dewan Silat Taman Anggerik, Pontian. Pasukan SMK Benut telah memperolehi kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan.
Bagi kategori Seni Tari Silat (Lelaki), Mohd Syafarul Aqmar Bin A.Achok (4 Al Farabi) telah mendapat Johan. Pelajar ini akan mewakili daerah Pontian pada 17 dan 18 Julai di Batu Pahat.
Bagi kategori Seni Turus Silat (Perempuan), pasukan yang terdiri daripada Nur Sabariah Binti Mohd Noh (3 Ibnu Rusyd), Shahrul Bariah Binti Aziz (3 Ibnu Rusyd), Siti Khalijah Binti Panakai (3 Al Farabi) dan Siti Azzura Binti Mohd Noor (3 Al Farabi) telah mendapat tempat Naib Johan.
Seterusnya, bagi kategori Seni Tari Silat (Perempuan), Nur Hanis Binti Mohd Noor (2 Al Farabi) telah mendapat tempat Ketiga.
Ucapan terima kasih diberikan kepada Encik Azmani Bin Md. Maskak yang merupakan Guru Penasihat Kelab Silat yang telah memberikan bimbingan kepada pelajar tersebut sehingga beroleh kejayaan yang cemerlang.
Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kecemerlangan anda.
20 JUN 2008, KARNIVAL PPDa PERINGKAT DAERAH PONTIAN telah diadakan di SM Teknik, Pontian, Johor.
Pasukan SMK Benut yang terdiri daripada Mohd Hafifi Hafizat Bin Mazlan (4 Ibnu Sina), Mohd Fahmi Bin Abdullah (4 Ibnu Sina) dan Andy Saiful Aziz (4 Ibnu Sina) dengan bimbingan Encik Samsudin Bin Haji Saad telah berjaya memperolehi NAIB JOHAN dalam pertandingan tersebut.
Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kecemerlangan anda.
18 JUN 2008,Festival Sains dan Teknologi peringkat Daerah Pontian telah diadakan di SMK Benut, Pontian dan SMK Sri Tanjung. Pelbagai acara telah diadakan iaitu perlumbaan kereta solar, pertandingan roket, ‘cooking with nature’ dan pembentangan topik sains. Penyertaan SMK Benut dalam pertandingan tersebut telah mendapat kejayaan cemerlang.
Bagi pertandingan Pembentangan Topik mendapat pasukan SMK Benut telah memperolehi Johan. Pesertanya terdiri daripada ~ Nur Raihan Binti Anuar, Iklil Nabihah Binti Abu Bakar dan Nur Hidayah Binti Ahmad. Guru Pembimbing ~ Pn. Hadijah Binti Hj. Misran dan Pn. Normaslina Binti Samaond.
Bagi pertandingan Kereta Solar, pasukan SMK Benut yang diwakili oleh Mohd Nabil Fikhrie Bin Md Rapee dan Siti Shamsiah Binti Saleh dengan bimbingan Cik Noormawati Binti Mohd Rasif dan Cik Siti Salyena Binti Pungot telah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan tersebut.
Seterusnya, bagi pertandingan Teknologi Pelancar Roket, pasukan SMK Benut yang diwakili oleh Mohd Hafifi Hafizat Bin Mazlan dan Mohd Fahmi Bin Abdullah dengan bimbingan Puan Faridah Binti Tahir dan Cik Rohaida Binti Ghani telah berjaya memperolehi Naib Johan dalam pertandingan tersebut.
Bagi pertandingan ‘Portable Cooking With Nature’, pasukan SMK Benut yang diwakili oleh Muhammad Danial Hishamudin Bin Isa dan Muhammad Wafiq Bin Anuar dengan bimbingan Encik Mohd Nor Firdaus Bin Ngamar telah berjaya mendapat tempat Ketigadalam pertandingan tersebut.
16 JUN 2008, Program Peningkatan Disiplin Murid Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Tahun 2008. Kempen menangani gejala disiplin murid yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut.
Seramai 403 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri dari para pelajar SMK Benut, SMK Seri Tanjung, SMK Parit Betak, SMK Ayer Baloi, SK Benut, SK Seri Benut dan SJK (C) Lok York.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shahrom Bin Sukari (Ketua Unit Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Johor).
Selain itu, pelbagai maklumat berkaitan gejala disiplin telah disampaikan oleh dua orang penceramah iaitu Tuan Haji Safian Bin Yunus dan Encik Hamid Bin Selamat.