Saturday, July 12, 2008

Kursus Profesionalisme Warga SMK Benut


12 JULAI 2008
– Warga Pendidik dan Kakitangan Sokongan SMK Benut telah menyertai Kursus Profesionalisme yang bertajuk Pengurusan Kewangan. Kursus tersebut telah berjaya diadakan di Perpustakaan Zaaba, SMK Benut bermula pukul 8.00 pagi sehingga 2.30 petang.

Kursus tersebut telah disampaikan oleh Encik Zakaria Bin Md Tahir, Puan Siti Mazura Binti Arep dan Puan Lebi Binti Md Taher.

Kursus tersebut telah berjaya memberikan pengetahuan dan cara mengurus kewangan terutama dalam perbelanjaan mengurus bagi panitia mata pelajaran, guru penasihat persatuan, kelab dan badan beruniform. Selain itu, turut diberikan prosedur pembelian yang perlu dilakukan serta panduan pemungutan yuran pelajar bagi guru tingkatan.

No comments: