Thursday, January 8, 2009

Program Suaikenal Pelajar Tingkatan Satu


8 Januari 2009
- Warga Pendidik SMK Benut mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu yang memilih dan mendaftar ke SMK Benut sebagai tempat meneruskan menimba ilmu. Seramai 215 orang telah mendaftar.

Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut telah menganjurkan Program Suaikenal kepada pelajar Tingkatan Satu selama 4 hari bermula 5 Januari hingga 8 Januari. Tujuan program ini bagi melahirkan para pelajar yang berdisiplin tinggi dan cintakan SMK Benut. Di samping itu, memberi pendedahan kepada pelajar tentang persekitaran, budaya, undang-undang dan peraturan SMK Benut serta menanam minat dan rasa cintakan sekolah.

Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) telah sudi hadir untuk merasmikan majlis penutupan program ini. Beliau mengharapkan para pelajar tingkatan satu belajar bersungguh-sungguh dan mengikuti apa yang telah dipelajari sepanjang program yang telah diterima sepanjang program tersebut.

Warga Pendidik mengucapkan selamat belajar.

070120092621.jpg

070120092620.jpg

070120092618.jpg

070120092617.jpg





Tuesday, January 6, 2009

Selamat Kembali Ke SMK Benut


5 Januari 2009 - Warga pendidik SMK Benut mengalu-alukan kepada semua pelajar SMK Benut Tahun 2009 selamat kembali semula ke sekolah. Selamat datang juga kepada pelajar baru Tingkatan Satu yang telah mula mendaftar pada 1 Januari 2009. Tahniah diucapkan atas kejayaan kepada pelajar Tingkatan 3 Tahun 2008 yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).


Warga SMK Benut turut mengucapkan selamat datang kepada guru baru seramai 10 orang. Semoga gembira mendidik para pelajar SMK Benut yang memerlukan pelajaran daripada cikgu.


Warga pendidik SMK Benut mengharapkan supaya semua pelajar khususnya pelajar Tingkatan Tiga, Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam bermula dari sekarang untuk memberikan tumpuan yang lebih terhadap pelajaran supaya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang akan diduduki pada tahun ini (PMR, SPM dan STPM). Pastikan visi SMK Benut Gemilang Tahun 2009 menjadi kenyataan. Insyaallah.



050120092609.jpg

050120092607.jpg

050120092605.jpg

050120092604.jpg

050120092603.jpg

050120092610.jpg

Monday, December 29, 2008

Perutusan Tuan Pengetua Tahun 2009



Hasnan Jaffar (Pengetua SMK Benut).jpg

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera


Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinan-Nya, warga SMK Benut dapat meneruskan perkhidmatan di sekolah ini bagi tahun 2009. Semoga pengalaman yang lepas dalam mengurus tanggungjawab yang diamanahkan dapat dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun 2009.


Tahun 2009 pastinya tahun yang lebih mencabar bagi warga pendidik sekolah ini. Hal ini kerana kita mesti merealisasikan visi sekolah “SMK Gemilang 2009”. Walaupun kita sedar banyak aspek yang belum mencapai tahap gemilang, tetapi saya yakin jika warga SMK Benut boleh memberi 100% komitmen terhadap tugas masing-masing, visi tersebut pasti dapat direalisasikan. Oleh yang demikian ‘Merealisasikan Kegemilangan’ masih dipilih sebagai tema sekolah pada tahun 2009 bagi memastikan visi tersebut menjadi kenyataan.

Selain itu, kejayaan pastinya boleh dicapai jika ada ‘teamwork’ yang mantap dalam kalangan warga sekolah, lebih-lebih lagi dalam bidang ‘core business’ kita iaitu mengurus kurikulum khasnya pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru harus sedar, kejayaan dalam bidang akademik adalah petunjuk kejayaan sesebuah sekolah itu cemerlang jika dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Di samping itu, kita akan terus meningkatkan kecemerlangan dalam kokurikulum, pengurusan, sahsiah dan disiplin pelajar sebagaimana yang dinyatakan dalam misi sekolah ini.

Saya juga berharap, tugasan yang dirancang hendaknya bertepatan dengan kepakaran yang ada pada setiap guru dan kakitangan sekolah, agar tugas yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sentiasa mematuhi ‘Prinsip Etika Kerja’ Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sekian, terima kasih.


HASNAN BIN JAAFAR
PENGETUA
SMK BENUT, PONTIAN,
JOHOR.

Saturday, November 15, 2008

Jamuan Akhir Tahun 2008



15 November 2008 ~ Kelab Kakitangan Sesi 2007/2008 telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun 2008 yang diadakan di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor bermula pukul 12.30 tengah hari. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut).

Jamuan ini diadakan juga untuk mengalu-alukan guru-guru baru seramai 8 orang serta majlis perpisahan kepada 5 orang guru iaitu Puan Hardinah Binti Salleh (bertukar ke Dungun, Terengganu), Puan Runaiza Binti Tumin (Selangor), Puan Siti Munirah Binti Hamzah (Terengganu), Cik Faraniza Binti Tasrif dan Puan Suriani Binti Mohamed (Guru GSTT).

Sebelum itu, pertandingan boling telah diadakan di Summit Parade, Batu Pahat. Pertandingan ini bertujuan mengeratkan lagi silaturahim warga SMK Benut. Encik Mosman Bin Parkan selaku Pengerusi Kelab Kakitangan Sesi 2007/2008 mengucapkan terima kasih kepada semua warga SMK Benut yang memberikan kerjasama kepada beliau dan ahli jawatankuasa sepanjang aktiviti yang dianjurkan.



Sunday, November 9, 2008

Sifar Disiplin


Pelbagai strategi atau program telah dijalankan untuk menangani pelbagai masalah disiplin para pelajar. Idea memberikan kesedaran pentingnya sifar disiplin kepada para pelajar SMK Benut telah tercetus dengan abjad akronim DISIPLIN. Idea ini telah diberikan oleh Puan Halijah Binti Ismaila yang juga merupakan guru disiplin SMK Benut. Idea ini telah dijelaskan semasa perhimpunan pagi Jumaat pada 7 November 2008. Harapan semoga pelajar SMK Benut sifar disiplin pada tahun 2009. Berikut penjelasan akronim DISIPLIN.


D

Datang awal ke sekolah

I

Ikut fesyen rambut ala Johor

S

Seluar jangan londeh atau ketat

Setokin panjang

I

Ikatan tali leher perlu kemas

P

Ponteng bukan amalan

Pakaian kemas

L

Lencana dijahit

I

Ikatan rambut kemas (pelajar perempuan Cina)

N

Name tag dipakai



Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah



5 – 6 November 2008 ~ Lawatan Sambil Belajar selama dua hari satu malam ke Melaka telah diadakan dengan diikuti seramai 35 orang pelajar tingkatan tiga dan 5 orang guru pengiring. Program ini juga merupakan program RIMUP salah satu aktiviti Program Selepas PMR 2008. Lawatan ini bertolak dari SMK Benut pada hari Rabu 5 November pada pukul 8.30 pagi.

Pelbagai tempat menarik telah dikunjungi antaranya, Zoo Melaka, Perigi Hang Tuah, persekitaran bandaraya Melaka, Muzium Samudera, Muzium Negeri Melaka, Muzium Kesenian Islam dan banyak lagi. Di akhir lawatan, peserta turut berkesempatan untuk mandi-manda di Water World, Melaka. Peserta sampai kembali di SMK Benut pada petang hari Khamis, 6 November 2008 pukul 7.00 petang.



Friday, October 24, 2008

Jamuan Hari Raya Tingkatan 3


24 Oktober - Majlis Jamuan Hari Raya Tingkatan 3 telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula 10.00 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut). Turut hadir pada majlis tersebut, pihak pentadbir serta guru-guru yang mengajar Tingkatan Tiga.