2 Februari 2009 – Acara Sukantara telah diadakan di Padang SMK Benut pada pukul 2.30 petang sehingga 6.00 petang. Tahniah kepada Rumah Sukan Temenggong yang telah mengungguli acara Sukantara setelah berjaya menewaskan 3 rumah sukan yang lain iaitu Panglima, Bendahara dan Laksamana. Berikut keputusan rasmi markah keseluruhan acara Sukantara yang telah diadakan.
23 Januari 2009 - Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kecemerlangan dalam Pertandingan Kejohanan Catur MSSM, Daerah Pontian yang diadakan di SMK Parit Betak, Pontian selama dua hari yang bermula 21 sehingga 22 Januari 2009.
Kejayaan yang diperolehi :
Kategori Pertandingan
Nama Pelajar
Tingkatan
Kejayaan
PEREMPUAN 15
NURUL ERNA ERDAYU BINTI SALIP
2 AL FARABI
KETIGA
PEREMPUAN 18
NURUL HAZIQAH BINTI SAWALLUDIN
4 IBNU KHALDUN
KEDUA
PEREMPUAN 18
NORMALA BINTI DAHLAN
5 IBNU RUSYD
KETIGA
PEREMPUAN 18
NURUL HAZIRAH BINTI SAWALLUDIN
4 AL FARABI
KETUJUH
Guru Pengiring : Encik Abdul Rahman Bin Zainal dan Cik Siti Rohani Binti Hassan Basari.
19 Januari 2009 - Pelancaran Operasi Datang Lewat Ke Sekolah telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Encik Hasnan Bin Jaffar semasa perhimpunan pagi pada hari ini. Beliau meminta semua pelajar hadir lebih awal ke sekolah sebelum 7.15 pagi dan bermula pada hari esok peraturan ini perlu dipatuhi bagi mengelakkan para pelajar dicatat namanya dan seterusnya menerima tindakan disiplin yang telah ditetapkan dalam program ini. Seterusnya, beliau berharap adanya program ini dapat mendisiplinkan pelajar dan seterusnya untuk mencapai Visi SMK Benut Gemilang Tahun 2009 akan tercapai. Insyaallah.
Sebelum itu, Puan Asiah Binti Abdul Aziz (Setiausaha Program Operasi Datang Lewat Ke Sekolah) menjelaskan matlamat program ini diberi penekanan supaya masalah datang lewat dapat diatasi di samping menghindari pelbagai masalah disiplin. Program ini juga dirancang untuk membentuk budaya cemerlang dan menjana prestasi pelajar yang gemilang dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Seterusnya, objektif program ini dilaksanakan kepada para pelajar SMK Benut bagi membanteras gejala datang lewat ke sekolah, menyedarkan pelajar supaya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan walau di mana-mana sahaja mereka berada, menyemai sikap menghargai masa, dan membentuk budaya sekolah yang cemerlang dan melahirkan pelajar yang berdisiplin.
Warga SMK Benut menyeru para pelajar supaya mematuhi peraturan ini supaya disiplin sifar datang lewat dapat dilaksanakan.
17 Januari 2009 ~ Program Larian Merentas Desa 2009 yang melibatkan semua pelajar SMK Benut diadakan bertujuan untuk memperkembangkan potensi setiap pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam pembentukan insan yang seimbang, harmonis dan berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Program ini telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi selepas para pelajar mengikuti kelas seperti biasa pada waktu pertama hingga waktu ketiga. Hari ini merupakan kelas ganti sempena menyambut Tahun Baru Cina. Para pelajar lelaki yang terdiri dari kategori A, B dan C telah dilepaskan oleh Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Pentadbir) manakala kategori Perempuan A, B dan C dilepaskan oleh Tuan Haji Abd Razak Bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Kokurikulum).
Kategori Lelaki memerlukan tamat larian sejauh 8.8 km manakala kategori Perempuan sejauh 6.8 km. Para pemenang menerima sijil penyertaan dan piala.
Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih atas kerjasama Pasukan Polis Pekan Benut dan Pusat Kesihatan Benut atas kerjasama yang diberikan. Tahniah kepada para pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama rumah sukan dan untuk diri sendiri.
Rumah Panglima mendapat mata keseluruhan iaitu 388 mata. Encik Arbaen Bin Hanaffi selaku Ketua Guru Penasihat Rumah Panglima merasa terharu, bangga pencapaian cemerlang ahli rumah Panglima dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli rumah dan guru penasihat yang banyak memberikan kerjasama serta dorongan sehingga berjaya mencapai tempat pertama keseluruhan bagi acara Merentas Desa.
Tempat kedua dimenangi rumah Temenggong dengan mata 326, Laksamana dengan mata 307 dan Bendahara dengan mata 284. Ketua-ketua Guru Penasihat Rumah Temenggong (Encik Mohamad Akmal Bin Khalid), Laksamana (Encik Abd Khalil Bin Mohd Masri) dan Bendahara (Encik Mohd Nor Firdaus Bin Ngamar) akan terus bersaing untuk mencapai tempat terbaik dalam acara Sukantara dan Kejohanan Sukan SMK Benut kali ke-34. Kejayaan tersebut tentunya ditujukan khas kepada ahli-ahli rumah sukan.
Berikut keputusan rasmi para pemenang acara Merentas Desa 2009 :
14 Januari 2009 ~ Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Sekutu Guru-Guru dan Staf (SEGUGUS) SMK Benut 2009/2010 atas perlantikan yang baru bagi menggantikan Jawatankuasa Kelab Kakitangan SMK Benut 2007/2008.
Encik Ismail Bin Ali selaku Pengerusi Kelab SEGUGUS SMK Benut sesi 2009/2010 dalam ucapan sulungnya telah mengucapkan terima kasih atas kepercayaan daripada semua ahli kerana memilih beliau. Beliau mengharapkan kerjasama, cadangan dan teguran daripada semua ahli bagi memastikan Kelab Kakitangan SMK Benut sesi 2009/2010 mendapat kepentingan bersama-sama terutama dalam setiap aktiviti atau program yang akan dilaksanakan.