Thursday, February 12, 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34


12 Februari 2009 – Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34 telah berjaya diadakan dalam keadaan sederhana walaupun meriah dengan semangat kesukanan antara para pelajar yang mewakili rumah sukan iaitu Temenggong, Laksamana, Panglima dan Bendahara. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar, Pengetua SMK Benut bermula jam 9.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan Perbarisan Lintas Lalu Pasukan Unit Beruniform dan Rumah Sukan. Antara Unit Uniform yang terlibat iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Pengakap, PBSMM, PKBM, dan Puteri Islam. Manakala Rumah Sukan dengan tema alam flora, iaitu Temenggong, Laksamana, Bendahara dan Panglima.

Antara acara-acara kejohanan olahraga yang diadakan, iaitu lari 100 meter, 800 meter dan 4 x 100 meter bagi semua kategori lelaki dan perempuan.

Tahniah kepada rumah sukan Temenggong yang berjaya menjuarai Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34. Rumah Sukan Temenggong telah berjaya mendapat Johan bagi acara Sukantara, Hiasan Rumah dan Perbarisan Lintas Lalu. Encik Mohd Akmal Bin Khalid selaku Ketua Penasihat Rumah Sukan mengucapkan terima kasih kepada semua atlet, ahli rumah dan guru-guru penasihat yang banyak memberikan kerjasama dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam Kejohanan Olahraga ini.

Keputusan Rasmi Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali ke-34 Tahun 2009


Rumah Sukan

Merentas Desa

Sukantara

Pra Kejohanan

Kejohanan

Hiasan Rumah

Perbarisan

Jumlah Keseluruhan

Temenggong

30

40

30

40

40

40

220

Laksamana

25

20

40

30

30

25

170

Panglima

40

30

25

20

20

30

165

Bendahara

20

25

20

25

25

20

135


Keputusan Rasmi Pertandingan Lain



Nombor

Uniform (Perbarisan)

Rumah Sukan (Perbarisan)

Hiasan Rumah (Rumah Sukan)

Pertama

KRS

Temenggong

Temenggong

Kedua

Kadet Polis

Panglima

Laksamana

Ketiga

Pengakap

Laksamana

Bendahara

Keempat

PBSMM

Bendahara

Panglima


Keputusan Rasmi Pemenang Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34


Bil

Kategori

Nama Peserta / Pasukan

Acara Dimenangi

1.

Olahragawan

Mohamad Lokman

(Panglima)

Emas - 200 Meter

- 400 Meter

- 100 Meter

- 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- 400 Meter

- 100 Meter

2.

Olahragawati

Dayang Suhana

(Bendahara)

Emas - 200 Meter

- Lempar Cakera

- Lontar Peluru

- 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- Lempar Cakera

3.

Peserta Terbaik Lelaki



Bawah 20

Bobbyhardianto

(Laksamana)

Emas - Lompat Jauh

Perak - 100 Meter


Bawah 18

Mohamad Lokman

(Panglima)

Emas - 200 Meter

- 400 Meter

- 100 Meter

- 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- 400 Meter

- 100 Meter

Bawah 15

Mohd Hariz Bin Zahid (Bendahara)

Emas - Lompat Kijang

- Lompat Tinggi

- 1500 Meter

Perak - 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- Lompat Kijang

Bawah 13

Mohd Asyrin Bin Wagi

(Laksamana)

Emas - Rejam Lembing

- Lempar Cakera

Perak - Lontar Peluru

Pecah Rekod

- Lempar Cakera

Peserta Terbaik Perempuan



Bawah 20

Samira Binti Bachok

(Bendahara)

Emas - 100 Meter

Gangsa - Lompat Jauh

Bawah 18

Dayang Suhana

(Bendahara)

Emas - 200 Meter

- Lempar Cakera

- Lontar Peluru

- 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- Lempar Cakera

Bawah 15

Nurul Hidayah

(Laksamana)

Emas - 200 Meter

- Lompat Tinggi

- 100 Meter

Gangsa - 4 x 400 Meter

Bawah 13

Goh Siaw Hui

(Laksamana)

Emas - 400 Meter

- 200 Meter

- 100 Meter


Lihat Album Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34


Persiapan Terakhir Khemah Rumah Sukan



11 Februari 2009 - Semua AJK Rumah Sukan sibuk menyiapkan khemah rumah masing-masing. Tema tahun ini ialah Alam Flora. Hiasan khemah terbaik menjadi impian semua rumah sukan. Nantikan keputusan khemah rumah sukan mana yang memenangi Kejohanan Olahraga Kali Ke-34 SMK Benut. Program ini akan diadakan pada hari Khamis, 12 Februari 2009 jam 8.00 pagi.



Khemah Bendahara.jpg



Khemah Laksamana.jpg



Khemah Panglima.jpg


Khemah Temenggong.jpg



Lagi Gambar Menarik



Wednesday, February 11, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pra Kejohanan


11 Februari 2009 - Satu Majlis penyampaian hadiah bagi acara Pra Kejohanan telah diadakan di tapak perhimpunan SMK Benut. Pelbagai acara pra kejohanan telah diadakan selama dua hari iaitu rejam lembing, lempar cakera, lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh dan acara larian. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Hajah Andi Audrayanah Binti Haji Mohd Nor (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan Tuan Haji Abd Razak Bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Kokurikulum).

Tahniah kepada Rumah Laksamana yang telah menjuarai keseluruhan acara Pra Kejohanan bagi menewaskan Rumah Sukan yang lain iaitu Panglima, Bendahara dan Temenggong.


110220093169.jpg


110220093168.jpg



110220093167.jpg



110220093166.jpg


110220093165.jpg



110220093164.jpg


110220093160.jpg




110220093159.jpg


110220093158.jpg


110220093157.jpg



110220093156.jpg



110220093155.jpg





Tuesday, February 10, 2009

SMK Benut Menang Lagi



10 Februari 2009 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para atlet yang telah memenangi pertandingan Merentas Desa yang telah diadakan di SK Melayu Raya, Pontian, Johor pada hari Jumaat, 6 Februari 2009. Seramai 23 orang atlet telah mewakili acara tersebut.


SMK Benut telah berjaya memenangi tempat Ketiga Keseluruhan Acara Merentas Desa, Johan Pasukan Perempuan 18 dan tempat Keempat Pasukan Lelaki 18.

Pihak sekolah merakamkan terima kasih kepada Jurulatih Encik Anishak Bin Ahmad dan Cik Siti Norzila Binti Tumin serta Guru Pengiring, iaitu Encik Ismail Bin Ahmad, Encik Hatta Munse Bin Mohsin dan Puan Norani Binti Kamari atas komitmen yang diberikan.


Berikut keputusan rasmi kemenangan yang dimenangi,


Kedudukan

Nama Atlet

Tingkatan

Kategori

6

NURUL HAZIQAH BT SAWALUDDIN

4 IK

P18

7

NURUL HAZIRAH BT SAWALUDDIN

4 AF

P18

10

UMMI ZANATUL AIN BT TUMIRAN

5 IK

P18

13

NORANIZA AIDA BT MOHD ARIS

5 IK

P18

15

SITI AIDAH BT AHMAD

5 IR

P18





10

MOHAMAD FITRI BIN KASBAN

4 IR

L18

11

CHERNG KIAN SIN

5 IR

L18





10

MOHD SHAMSUL BAHRI BIN BAHRIM

3 AK

L15



PIC_0037.JPG



PIC_0036.JPG


PIC_0033.JPG



PIC_0021.JPG


Thursday, February 5, 2009

Pra Kejohanan Siri Pertama SMK Benut 2009



5 Februari 2009
– Pra Kejohanan Siri Pertama telah berjaya dilaksanakan di Padang SMK Benut. Pelbagai acara telah dipertandingkan antara atlet rumah sukan iaitu Panglima, Temenggong, Bendahara dan Laksamana. Antaranya lari 200 meter, 4 x 400 meter, rejam lembing, lempar cakera dan lompat tinggi. Pra Kejohanan ini bermula 2.30 petang dan berjaya ditamatkan pada pukul 5.30 petang.

Pra Kejohanan Siri Kedua pula akan diadakan pada hari Selasa, 10 Februari 2009. Seterusnya, Kejohanan Olahraga Kali ke-34 pula akan diadakan pada hari Khamis, 12 Februari 2009 bermula pukul 8.00 pagi.

Berikut gambar menarik yang diambil semasa Pra Kejohanan Siri Pertama.


050220093115.jpg


050220093116.jpg



050220093114.jpg



050220093113.jpg


050220093112.jpg


050220093110.jpg



050220093107.jpg


050220093102.jpg



050220093099.jpg



050220093089.jpg


050220093084.jpg



050220093078.jpg



Lagi gambar menarik Pra Kejohanan


Tuesday, February 3, 2009

Keputusan Rasmi Acara Sukantara


2 Februari 2009 – Acara Sukantara telah diadakan di Padang SMK Benut pada pukul 2.30 petang sehingga 6.00 petang. Tahniah kepada Rumah Sukan Temenggong yang telah mengungguli acara Sukantara setelah berjaya menewaskan 3 rumah sukan yang lain iaitu Panglima, Bendahara dan Laksamana. Berikut keputusan rasmi markah keseluruhan acara Sukantara yang telah diadakan.


Bil

Rumah Sukan

Lelaki

Perempuan

Jumlah

1

Temenggong

468

343

811

2

Panglima

353

331

684

3

Bendahara

319

338

657

4

Laksamana

308

314

622


Friday, January 23, 2009

Tahniah Kelab Catur SMK Benut


23 Januari 2009
- Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kecemerlangan dalam Pertandingan Kejohanan Catur MSSM, Daerah Pontian yang diadakan di SMK Parit Betak, Pontian selama dua hari yang bermula 21 sehingga 22 Januari 2009.

Kejayaan yang diperolehi :

Kategori Pertandingan

Nama Pelajar

Tingkatan

Kejayaan

PEREMPUAN 15

NURUL ERNA ERDAYU BINTI SALIP

2 AL FARABI

KETIGA

PEREMPUAN 18

NURUL HAZIQAH BINTI SAWALLUDIN

4 IBNU KHALDUN

KEDUA

PEREMPUAN 18

NORMALA BINTI DAHLAN

5 IBNU RUSYD

KETIGA

PEREMPUAN 18

NURUL HAZIRAH BINTI SAWALLUDIN

4 AL FARABI

KETUJUH


Guru Pengiring : Encik Abdul Rahman Bin Zainal dan Cik Siti Rohani Binti Hassan Basari.