Wednesday, September 2, 2009

Jawapan Kuiz Silang Kata 1Malaysia




Jawapan :

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR

KUIZ SILANG KATA 1 MALAYSIA ~ ~~ ANJURAN PANITIA SEJARAH TAHUN 2009









1 P







2 P




3 D

O

K

U

M

E

N






A









R







R

4 K

E

5 M

E

R

6 D

E

K

A

A

N





L

E


A



E



K





7 M


I

R


N



M








E


M

J


8 I

D

E

O

L

O

G

I




R


E

A


F



K





9 L

O

N

D

O

N

S


E



10R

A

S

M

I




E



A


S



A






11S


K



M


T



S



12B

A

S

I

K

A

L


A


O


13L

I

M

14A




N












15K

E

T

I

G

A





16J






T




A



17J


18M

A

L

A

Y

S

I

A




P



A



W







19D

A

R

U

R

A

T



I










R



A




20P

E

R

L

E

M

B

A

G

A

A

N



dinbenut@gmail.com

NAMA : ………………………………………………………….. TINGKATAN :………………………

-----#---------"-----------"----------"------------"--------"-----------"------------"-----------"---------


MELINTANG

3. __________ rasmi yang mengandungi segala peraturan sebagai panduan kerajaan yang memerintah.

4. Membebaskan diri atau negara daripada penjajahan asing.

8. Fahaman atau pegangan politik seseorang individu atau sesebuah kumpulan atau sesebuah negara.

9. Rombongan Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan pihak British di _________.

10. Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa __________ negara.

12. Salah satu kenderaan yang digunakan oleh tentera Jepun semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941.

13. Sultan dilantik setiap _______ tahun oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

15. Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang _________ dalam Rukun Negara.

18. Kejayaan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah pada 16 September 1963 telah membentuk negara kita __________ pada hari ini.

19. Langkah membanteras Ancaman Komunis di Tanah Melayu yang diisytiharkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.

20. Peraturan atau undang-undang utama sebagai panduan untuk menguruskan pentadbiran institusi, organisasi atau pemerintahan.

MENEGAK

1. Lagu Terang Bulan merupakan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berasal dari negeri ____________.

2. Terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

4. Negara kita telah berjaya mencapai kemerdekaan melalui _________ antara kaum.

5. Satu Program atau perancangan parti politik yang menyertai pilihan raya. Program ini akan dilaksanakan jika mereka berjaya membentuk kerajaan.

6. Pemerintahan oleh rakyat atau wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya.

7. Laungan ____________ bergema menandakan kemenangan rakyat yang bebas daripada cengkaman penjajah.

11. Pada 9 Ogos 1965, perisytiharan pemisahan ____________ telah dilakukan di Parlimen.

14. Undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

16. Tulisan awal bahasa Melayu sebelum penggunaan tulisan Rumi.

17. Setiap negeri di Malaysia mempunyai lagu, bendera, __________ dan lambang-lambang lain sebagai identiti tersendiri.


Tahniah kepada Pemenang....




Mengapa Mengantuk Apabila Belajar?

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor -faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Tidak cukup tidur.
Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber -IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.
Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia -sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata -mata'study hard'.

Tidur yang berlebih-lebihan
. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6 -8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

Makan terlalu banyak
.
Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.

Badan terlalu letih.
Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola pada waktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan. Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.

Perbaiki matlamat anda beriadah
.
Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi. Ada pula sesetengah pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko -kurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan kokurikulum sehinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar.

Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan kokurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan atau olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang. Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk pada malamnya.

Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya. Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tidak! Oleh itu, minat timbul apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari. Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:
  • Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca.
  • Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca.
  • Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.
Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
  • Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk lain.
  • Rajah-rajah
  • Jadual
  • Carta
  • Peta
  • Baca perenggan bahagian pendahuluannya.
  • Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.
  • Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.
Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut:
  • Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.
  • Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Di mana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.
  • Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak. Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi. Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta -fakta penting yang anda ketahui. Cuba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.
Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma guna kan bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.

Karangan Terbaik UPSR 2007



Karangan Terbaik UPSR 2007

Karangan murid darjah 6...


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu..

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.