Saturday, October 3, 2009

Pesta Tanglung 2009


3 Oktober 2009 – Pesta Tanglung telah diadakan oleh Persatuan Bahasa Cina dan Persatuan Pendidikan Moral dan Program Kecemerlangan Pelajar Cina pada hari ini. Pesta Tanglung ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar, Pengetua SMK Benut.

Pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Cina yang mempersonakan telah dipersembahkan oleh para pelajar Cina kepada para tetamu seperti Tarian Singa, Tarian Zapin, Tarian Kipas dan banyak lagi.

Info Pesta Tanglung :-

Di Malaysia, disambut pada hari ke-15 bulan pertama Tahun Baru Cina iaitu semasa bulan penuh.

Bentuk asal tanglung tidak banyak berubah dari dahulu. Kebiasaannya tanglung diperbuat daripada kertas dan rangkanya daripada buluh. Tetapi ada juga tanglung diperbuat dari sutera dan kain.

Semasa pemerintahan Dinasti Song, tanglung-tanglung diperbuat dari kaca dan permata digunakan sewaktu menyambut pesta dan perayaan. Di negara China, tanglung yang mudah dan ringkas bentuknya digunakan untuk menerangi jalan masuk ke rumah, digantung di tiang sampan, di luar rumah, dan kedai. Kanak-kanak sekolah juga diajar membuat tanglung.

Semasa musim luruh, mereka mengadakan pesta tanglung sebagai tanda berakhirnya musim Tahun Baru Cina dan meraikan kedatangan cahaya dan musim bunga.

Tanglung yang pelbagai bentuk dan warna digantung di merata-rata tempat.

Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina menggantung tanglung semasa malam bulan penuh ini. Kadang-kadang mereka menulis puisi dan teka-teki pada tanglung-tanglung dan cuba menyelesaikannya.

Dalam masyarakat Cina, tanglung bukan hanya perhiasan. Ia digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran bahaya.

Warna serta tempat di mana tanglung digantung membawa makna tertentu. Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. Hal ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan.

Tanglung merah juga digunakan semasa perayaan atau keraian, seperti perayaan Tahun Baru Cina.




Friday, October 2, 2009

Amanat Tuan Pengetua SMK Benut


2 Oktober 2009 – Amanat Pengetua SMK Benut, Encik Hasnan Bin Jaffar kepada para pelajar Tingkatan Tiga telah diadakan pada hari ini. Beliau mengharapkan para pelajar supaya menjaga kesihatan diri, mengulang kaji pelajaran dengan lebih bersungguh-sungguh di saat masa yang masih ada, menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran, dan seterusnya mengharapkan pelajar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan seterusnya meningkatkan sasaran 70% kelulusan peringkat sekolah.


Pada majlis tersebut juga, para pelajar turut menonton VCD yang mengandungi amanat Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Haji Sufa’at Bin Tumin.





Thursday, October 1, 2009

PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2009


KENYATAAN AKHBAR


MENGENAI
PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2009

Peperiksaan bertulis PMR akan diadakan di seluruh negara pada 7, 8, 9 Oktober 2009 dan berterusan pada 12 dan 13 Oktober 2009.

Jumlah Keseluruhan Calon yang akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini ialah seramai 475,182 orang.

Jumlah Calon Kementerian adalah seramai 442,611 orang calon. Jumlah Calon Swasta yang mendaftar ialah 13,561 orang. Calon Persendirian pula berjumlah 338 orang. Seramai 4,150 orang merupakan calon MRSM dan Sekolah Perantis Tentera. Sekolah Agama Rakyat mencatatkan jumlah calon seramai 1,288 orang calon manakala dari Sekolah Agama Negeri pula terdapat 13,234 calon yang akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini.

Negeri Selangor mencatatkan jumlah calon paling ramai iaitu 77,826 orang calon manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah calon paling kecil iaitu seramai 1,154 calon.

Sebanyak 3496 pusat peperiksaan dengan 28,028 orang petugas peperiksaan telah disediakan untuk mengendalikan peperiksaan tersebut.

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar mereka sentiasa merujuk Jadual Waktu Peperiksaan untuk butiran tentang masa peperiksaan, peringatan kepada calon, arahan-arahan serta amaran yang perlu dipatuhi semasa menduduki peperiksaan. Mereka juga dikehendaki membawa Kad Pengenalan dan Borang Perakuan Calon Peperiksaan PMR 2009 masing-masing pada setiap masa mereka berada di bilik atau dewan peperiksaan. Ini adalah penting bagi menjamin pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan denga lancar.

Lembaga Peperiksaan juga suka mengingatkan semua calon yang akan menduduki peperiksaan supaya bersedia dan membuat persiapan awal yang perlu untuk menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau menyebabkan mereka tergendala untuk sampai ke pusat peperiksaan mengikut jadual. Pada masa yang sama, calon-calon diminta sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini melalui media massa sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan satu pekeliling berkaitan Garis Panduan Menghadapi Wabak Penyakit yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan kepada semua sekolah. Garis panduan ini menghendaki pelajar dan keluarganya mengikuti perkembangan wabak penyakit dan peka kepada maklumat terkini terutama dari KPM serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh KPM dan KKM. Ibu bapa atau penjaga perlu menasihatkan anak-anak agar mengikut panduan penjagaan kesihatan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan virus H1N1 daripada terus merebak. Pelajar dan keluarganya juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah / PPD / JPN / Lembaga Peperiksaan sekiranya terdapat tanda-tanda mereka dijangkiti wabak penyakit tersebut.

Bilik Gerakan PMR akan beroperasi di Lembaga Peperiksaan dibuka dari 30 September 2009 hingga 14 Oktober 2009. Waktu operasi ialah dari jam 6.45 pagi hingga 7.00 malam.

Bilik Gerakan ini boleh dihubungi melalui nombor-nombor berikut:
03-8889 3601 / 03-8889 3809 / 03-8889 3582 / 03-8889 3520 / 03-8889 3551 / 03-8889 3030 / 03-8889 3095.
No. Faksimili ialah 03-8889 3010 / 03-8889 5561 / 03-8889 3445.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Malaysia
Putrajaya
28 September 2009

Makluman kepada semua pelajar Tingkatan 3, SMK Benut, sekiranya terdapat masalah pada hari peperiksaan tersebut...sila hubungi nombor telefon yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti Program Gerakan Payung dan Skuad Cegah H1N1. Harap maklum.


Cuti Sekolah


Sebab : Muet Tingkatan 6 dan PMR Tingkatan 3 Tahun 2009


Kelas-kelas berikut akan dicutikan mengikut tarikh dan ketetapan berikut :


Tarikh

Tingkatan

5 Oktober 2009 (Isnin)

4 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Rusyd

6 Oktober 2009 (Selasa)

4 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Rusyd

7 Oktober 2009 (Rabu)

Semua Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

8 Oktober 2009 (Khamis)

Semua Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

9 Oktober 2009 (Jumaat)

Semua Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

12 Oktober 2009 (Isnin)

Semua Tingkatan 2 dan Tingkatan 4

13 Oktober 2009 (Selasa)

Semua Tingkatan 1 dan Tingkatan 2


Sekian, harap maklum.


Monday, September 28, 2009

Salam Syawal 1430H





Warga SMK Benut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Seluruh Umat Islam...Maaf Zahir dan Batin...


Tuesday, September 15, 2009

Program Membugarkan Amalan Sunnah


15 September 2009
– Seramai 80 orang pelajar telah menyertai Program Membugarkan Amalan Sunnah Tahun 2009. Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SMK Benut. Program ini telah diadakan selama satu hari pada hari Sabtu, 12 September 2009 di Balai Islam SMK Benut. Program ini bermula 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Pelajar yang menyertai program ini terdiri dari pelajar Islam Tingkatan 1 Rancangan Khas, Tingkatan 2 Rancangan Khas, pelajar Asrama dan pelajar-pelajar yang ingin menyertai program tersebut.

Program ini bertujuan untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek. Pelbagai aktiviti telah diadakan diantaranya adab berdoa, adab makan, adab istinjak, adab tidur dan adab bersolat.

Bagi pelajar asrama yang menyertai program ini pula, diteruskan dengan program qiammulail dan solat tahajud yang diadakan di Asrama SMK Benut.





Sunday, September 6, 2009

Semarakkan Semangat Cintakan Al-Quran


Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan
dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadan).

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN?

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Hal ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi, sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.