Wednesday, August 4, 2010

Seminar Jati Diri dan Kecemerlangan Pelajar SPM


4 Ogos 2010 – Seminar Jati Diri dan Kecemerlangan Pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima telah berjaya diadakan pada hari ini di Surau, SMK Benut.  Program ini adalah di bawah Program Juara Rakyat Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (PJRP) anjuran dari Yayasan Pelajaran Mara, Kuala Lumpur.

Seramai 200 orang pelajar telah mengikuti program ini. Antara pengisian yang diberikan menjurus kepada membakar semangat kepada para pelajar untuk lebih mengenal diri dan bersedia untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah Motivasi , iaitu Encik Ismail bin Ali dan Encik Amran bin Ahmad.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Zainal Bin Rashid (Pengurus Bahagian Program Yayasan Pelajaran Mara, Kuala Lumpur). Beliau mengharapkan pelajar dapat meningkatkan prestasi sahsiah diri dan pencapaian akademik dengan lebih cemerlang. 





































 

Peperiksaan Percubaan PMR Bermula

2 Ogos 2010 – Seramai 223 orang calon pelajar Tingkatan 3 hari ini mulai menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Soalan disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Terdapat dua pusat peperiksaan, iaitu JG029 dan JG030.

Selain melatih para pelajar untuk bersedia dengan suasana peperiksaan juga menentukan aras pencapaian pelajar dalam peningkatan peratus kelulusan yang disasarkan oleh pihak sekolah. Peperiksaan ini akan berakhir pada hari Jumaat, 6 Ogos 2010.

Warga SMK Benut mendoakan kejayaan yang diperoleh dengan cemerlang.














Monday, August 2, 2010

Seminar Skor A+ Bahasa Melayu SPM


31 Julai 2010 – Seminar Skor A+ Bahasa Melayu SPM telah berjaya diadakan di Dewan Kuliah 7, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru pada hari ini. Seminar ini merupakan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dengan kerjasama JKD Bahasa Melayu dan Majlis Guru Cemerlang Daerah Pontian. Seminar ini disampaikan oleh Encik Mohd Noor.
Seramai 43 orang pelajar tingkatan 5 SMK Benut turut serta dalam seminar ini dengan diiringi tiga orang guru pengiring.
Warga SMK Benut mengharapkan seminar ini dapat menambah lagi kemahiran dalam menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya mencapai keputusan yang lebih cemerlang.