Wednesday, May 11, 2011

Selamat Datang Pelajar Baru Pra Universiti sesi 2011/12012



9 Mei 2011 – Warga SMK Benut mengucapkan selamat datang dan selamat menimba ilmu kepada para pelajar yang berjaya menerima tawaran untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam di SMK Benut.

Seramai 171 orang pelajar telah mendaftar dan menerima kemasukan ke Tingkatan Enam di Dewan Baiduri, SMK Benut. Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPPU) telah dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk menguruskan kemasukan pelajar ini.

Para Pelajar ini dikehendaki mengikuti Minggu Suai Mesra yang bermula 9 hingga 13 Mei 2011. Pelbagai aktiviti dan program telah disusun untuk memberi maklumat dan semangat kepimpinan diri serta sahsiah diri. Tema ‘Selangkah Ke Universiti’ telah dipilih dan bersesuaian dengan matlamat dan hasrat para pelajar untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

Semoga pemilihan para pelajar untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam di SMK Benut diteruskan dengan semangat menimba ilmu bersungguh-sungguh dan berjaya dengan lebih cemerlang dalam STPM.

















Tahniah Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Benut 2011



Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Kadet Bomba (Perempuan) yang telah berjaya mendapat tempat KETIGA dalam pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Pontian yang diadakan pada 27 hingga 28 April 2011 bertempat di SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at.

Pasukan Kadet Bomba SMK Benut turut menyertai Pertandingan Kawad Kecekapan anjuran Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian yang diadakan pada 3 Mei 2011 bertempat di SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at. Pasukan Kawad Kecekapan Campuran telah mendapat JOHAN. Seterusnya, Pasukan Kawad Kecekapan Kering (Lelaki) dan Pasukan Kawad Kecekapan Kering (Perempuan) telah berjaya mendapat NAIB JOHAN.

SMK Benut telah berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN keseluruhan pertandingan yang diadakan. Seramai 5 orang pelajar (Ummi Norshila Binti Abd Rahim, Siti Nur Falahiah Binti Mohd Amin, Nurul Khalidah Binti Abd Samad, Nurul Fitria Binti Muhammad Said dan Siti Nor Raihana Binti Ahmad Bastono) telah terpilih untuk ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 16 Mei 2011 di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, Bandar Penawar, Johor Bahru, Johor.

Tahniah dan syabas diucapkan.














Derma Darah Hari Guru 2011


4 Mei 2011 - Seramai 8 orang guru SMK Benut mewakili warga SMK Benut telah menyertai Program Derma Darah anjuran Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pontian. 

Program ini diadakan di Sekolah Jururawat, Hospital Pontian. Objektif untuk memberikan sumbangan ikhlas dalam bentuk sumbangan DARAH kepada pesakit yang memerlukan. Selamat Menyambut Hari Guru.











Wednesday, April 27, 2011

Tahniah dan Selamat Berkhidmat



25 April 2011 – Warga SMK Benut mengalu-alukan kedatangan dan selamat bertugas di SMK Benut kepada empat orang guru baru yang mula berkhidmat di SMK Benut berkuat kuasa pada 16 April 2011. Semoga kepimpinan dan kebolehan diteruskan di SMK Benut.

Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut) telah memperkenalkan mereka semasa perhimpunan rasmi mingguan pada hari ini. Beliau meminta semua warga SMK Benut memberikan kerjasama dan sokongan kepada mereka. Beliau turut memaklumkan bahawa Puan Hajah Azhariah Binti Omar telah dilantik ke jawatan Guru Kanan Sains dan Matematik di SMK Ayer Baloi.  


PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HAJI OMAR
(GPK HEM)

ENCIK ZULNURAINI BIN HAJI ZOHDI @ RAHMAT
(GPK KOKURIKULUM)


ENCIK AHMAD SHAMSUDDIN BIN MARIN
(GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK)


TUAN HAJI MOHAMAD NOH BIN BILAH (GURU KANAN SAINS KEMASYARAKATAN)