Friday, August 5, 2011

Pelantikan Pengawas Sesi 2011-2012



29 Julai 2011 – Penerimaan watikah dan pelantikan pengawas sesi 2011-2012 telah berjaya diadakan pada hari ini. Bacaan ikrar menjalankan tanggungjawab turut dibacakan dengan diketuai oleh Saudara Norazizi bin Suhaimi (Ketua Pengawas Sesi 2011-2012).

Sebelum itu, secara simbolik penyerahan tugas daripada Saudara Ariffin Bin Misran (ketua pengawas sesi 2010-2011) kepada Saudara Norazizi Bin Suhaimi (Ketua Pengawas sesi 2011-2012) turut diadakan dengan disaksikan Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua SMK Benut) dan Tuan Haji Misran Bin Nasir (Perasmi Jemputan).

Selamat bertugas kepada pengawas yang dilantik dan seterusnya dapat membantu Unit Disiplin dalam menangani dan memastikan sifar disiplin dicapai.

Warga SMK Benut terutama jawatankuasa program merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini





Jualan Hari Kokurikulum 2011



28 Julai 2011 – Kemuncak kokurikulum 2011 turut membuka peluang kepada para pelajar terutama unit uniform, kelab dan persatuan akademik serta persendirian untuk membuka gerai-gerai jualan makanan, minuman dan permainan selama program ini dilaksanakan. Antara objektinya ialah untuk memberi peluang pelajar menjana ekonomi dan melatih untuk mencari pendapatan yang lebih.

Warga SMK Benut terutama jawatankuasa program merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 





Perkhemahan Tahunan Unit Uniform 2011



28 Julai 2011 – Seramai 161 orang dengan 9 pasukan unit uniform SMK Benut turut serta dalam perkhemahan tahunan yang diadakan selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran berpasukan dan jati diri dalam disiplin dan sahsiah diri. Penglibatan pelajar ini jelas kelihatan terutama di malam kemuncak persembahan Kebudayaan yang diadakan.

Warga SMK Benut terutama jawatankuasa program merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 





Wednesday, August 3, 2011

Kemuncak Hari Kokurikulum serta Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform dan Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2011 / 2012



29 Julai 2011 – Kemuncak Hari Kokurikulum serta Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform dan Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2011 / 2012 telah berjaya dirasmikan oleh Tuan Haji Misran Bin Nasir (Mantan Pengarah Unit Pelaburan Asing, Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Alumni SMK Benut).

Program yang dilaksanakan selama 3 hari dengan objektif mempertingkatkan jumlah pelajar yang menjadi ilmuan yang cekap, kreatif dan mampun menghadapi cabaran. Seterusnya, mempertingkatkan nilai dan cara hidup dengan bersikap positif, bersemangat serta mempunyai imej sahsiah dan akhlak yang mulia dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, sentiasa meningkatkan budaya penyayang dan bekerjasama dalam kehidupan warga SMK Benut dan masyarakat.

Pelbagai aktiviti yang diadakan, iaitu pameran buku, pameran kesihatan, pameran polis, kawad basah oleh Kadet Bomba, pertandingan melukis, pertandingan nasyid, persembahan ghazal, ceramah palestin, dan persembahan live band. Pelbagai gerai telah disediakan dengan penglibatan pelajar serta orang persendirian yang menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan lain-lain. Turut dibuka pusat hiburan dan permainan yang dikendalikan oleh para pelajar seperti rumah hantu, karoeke, permainan kecil, silap mata dan panggung wayang.

Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran ramai orang awam yang turut sama menjayakan program ini. Urusniaga menggunakan kupon dilaksanakan dengan teratur dan mendapat kerjasama daripada pihak peniaga.

Warga SMK Benut terutama jawatankuasa program merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 






Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan kali Ke-36

28 Julai 2011 – Acara Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan kali Ke-36, SMK Benut akhirnya berjaya dilaksanakan pada hari ini bermula jam 2.30 petang di padang SMK Benut.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar ( Mantan Pengetua, SMK Benut). Majlis dimulakan lintas hormat oleh pasukan rumah sukan, iaitu Bendahara, Temenggong, Laksamana dan Panglima.Seterusnya bacaan ikrar kejohanan oleh ketua pasukan rumah sukan.

Antara acara akhir yang dipertandingkan, iaitu 100 meter dan lompat tinggi mengikut kategori lelaki dan perempuan. Kemuncak acara ialah pertandingan tarik tali antara rumah sukan dengan kemenangan kepada rumah Bendahara.

Penyampaian hadiah kepada pasukan rumah sukan dan atlet terbaik turut diberikan pada hari ini yang disampaikan oleh Puan Hajah Rohani Binti A. Manaf (GPK 1, SMK Benut) dan Encik Hasnan Bin Jaffar. 


Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang berjaya dan teruskan semangat kesukanan demi kecemerlangan sekolah dan negara.