Thursday, October 13, 2011

Taklimat Kemasukan ke Kolej Vokasional Kluang 2012



13 Oktober 2011 – Program Taklimat Kemasukan ke Kolej Vokasional Kluang kepada para pelajar Tingkatan Tiga telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang pada hari ini. Sebanyak dua sesi taklimat telah disampaikan.

Program ini merupakan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Cawangan Pontian serta Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut, Pontian, Johor. Bagi menjayakan program ini, pihak penganjur telah mengundang seramai 4 orang wakil pelajar tingkatan tiga dari sekolah-sekolah menengah daerah Pontian bersama dengan seorang guru kaunselor atau guru pengiring.

Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Zan Bin Aziz (PK HEM, SM Vokasional Kluang) dan Encik Zulkifli Bin Mohamed Irpow (Kaunselor Pelajar, SM Vokasional Kluang). Pelbagai input serta penerangan telah dimaklumkan, iaitu berkaitan syarat kemasukan, kursus-kursus yang ditawarkan, kemudahan-kemudahan asas yang disediakan, yuran yang berpatutan serta peluang kerjaya yang boleh pelajar ceburi pada masa hadapan.

Harapan pihak pengelola program ini kepada para pelajar agar segala maklumat yang disampaikan dapat memberikan banyak maklumat dan membuka peluang untuk para pelajar dalam menentukan hala tuju pada masa hadapan terutama memilih pekerjaan yang sesuai dengan tahap kebolehan dan minat.

Program ini merupakan aktiviti pertama yang dilaksanakan kepada para pelajar tingkatan tiga selepas tamatnya peperiksaan PMR yang lalu. Diharap para pelajar tingkatan tiga hadir ke sekolah seperti biasa untuk mengikuti pelbagai lagi aktiviti akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah serta disiplin diri yang telah dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut serta pihak pengurusan sekolah.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.













  

Monday, October 3, 2011

Tahniah Bentian Petanque SMK Benut 2011


3 Oktober 2011 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada senarai nama pelajar di bawah yang telah berjaya terpilih ke peringkat pemilihan pusingan kedua bagi mewakili negeri Johor dalam acara permainan petanque di Sukan Malaysia 2012 (SUKMA) yang akan diadakan pada bulan November nanti. Pemilihan peringkat pertama ini telah diadakan di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 30 September, 1 Oktober dan 2 Oktober 2011.

Tahniah diucapkan kepada pengurus dan jurulatih pasukan Bentian Petanque SMK Benut yang terdiri daripada Encik Anishak Bin Ahmad, Encik Abdul Rahman Bin Zainal dan Encik Mohd Khairul Bin Zainal yang telah banyak memberikan bimbingan dan latihan intensif sehingga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang.

Semoga kejayaan mereka ini akan berterusan dengan terpilih ke peringkat kedua dan berjaya mewakili atlet permainan petanque bagi negeri Johor dan seterusnya memenangi kejayaan cemerlang dalam acara petanque di SUKMA 2012 nanti. 

Bil
Nama Pelajar
Tingkatan
Kategori
1
DZULKARNAIN BIN MOHD AMIN
EX SMKB
LELAKI
2
MUHAMMAD HAZIQ AKMAL BIN ZAKARIA
1RK
LELAKI
3
MOHD HELMI BIN MOHD RAUF
EX SMKB
LELAKI
4
MOHD SHAFIE BIN HAMZAH
5IK
LELAKI
5
SHAFIQ BIN BORHANUDIN
EX SMKB
LELAKI
6
MUHAMMAD NOR SHAFIQ BIN APANDI
4IR
LELAKI
7
MOHD FAHMI BIN ABDULLAH
EX SMKB
LELAKI
8
MOHAMAD AMIRUL ADLI BIN TON LATIB
4IR
LELAKI


Bil
Nama Pelajar
Tingkatan
Kategori
1
NURSYUHAILA BINTI ABDUL RASID
2RK
PEREMPUAN
2
INTAN NORAMALINA BINTI JAMALUDIN
4IR
PEREMPUAN
3
NOR HAFEZAH BINTI ROSLI
2RK
PEREMPUAN
4
NUR IZZATI BINTI MOHD APANDI
2RK
PEREMPUAN
5
NUR FARHANA BINTI SULAIMAN
2RK
PEREMPUAN
6
NUR ILI FARHANA BINTI BAHARUDDIN
5IS
PEREMPUAN
7
AINA ATIKAH BINTI AIRUL ASNI
2RK
PEREMPUAN
8
SITI HALIMAH BINTI BACHOK
2RK
PEREMPUAN
9
SUHAIRIN BINTI SABRI
4IK
PEREMPUAN

 







Tahniah Pelajar Prauniversiti 2011



3 Oktober 2011 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada ZAKIAH HANIM BINTI MD NOH (PRAU 9) yang telah berjaya mendapat tempat KETIGA dalam pertandingan Pengucapan Awam semasa Hari Karnival Prauniversiti mewakili daerah Pontian yang diadakan bertempat di SMK Tun Habib dan SMK Laksamana Kota Tinggi pada 23 dan 24 September 2011 yang lalu. Teruskan kecemerlangan SMK Benut.