Tuesday, February 14, 2012

Syabas Pasukan Petanq SMK Benut



11 Februari 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Petanque  SMK Benut kerana telah berjaya mendapat JOHAN KESELURUHAN Pertandingan Petanque Angkasa Kategori Koperasi Sekolah Peringkat Daerah Pontian. Selain itu, turut memenangi JOHAN bagi kategori Pasukan Lelaki dan Pasukan Perempuan. Pertandingan ini telah diadakan bertempat di gelanggang petanque SMK Benut yang turut menjadi pengelola pertandingan ini.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh wakil rasmi Tuan PPD Pontian, iaitu Encik Roslan Bin Marjan (Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) pada jam 9.00 pagi di Sanggar Permata, SMK Benut. Turut hadir di majlis ini, Encik Abdul Ghani Bin Jaafar (Penyelia Kokurikulum PPD Pontian) serta Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut).

Walau bagaimanapun, Tuan Haji Msduki Bin Haji Shahri (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian) turut hadir pada jam 11.45 pagi dan meluangkan masa bersama-sama menyaksikan pertandingan ini.
Berikut keputusan rasmi pertandingan tersebut :

NAMA PEMAIN
KEPUTUSAN
MOHD SYAFIEE BIN MOHD ALI                               (4IR)
MOHD AMINUDDIN BIN BAHTIAR AFFANDIN        (4IS)
MOHD HAZIQ BIN SERUAN                                     (2IS)
JOHAN
INTAN NORAMALINA BINTI JAMALUDDIN           (5IR)
AINA ATIKAH BINTI AIRUL ASNI                            (3RK)
SYAFIQAH BT. BACHOK                                         (3IR)
JOHAN

Penyampaian hadiah (medal) kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf (Pengetua, SMK Taman Tun Aminah, Johor Bahru) dan Tuan Haji Seruan Bin Osman (Guru Besar, SK Seri Al-Ulum, Pontian)

















Monday, February 13, 2012

Tahniah Pasukan Petanque SMK Benut



Warga SMK Benut merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada pasukan petanque SMK Benut sekali lagi merai kejayaan cemerlang dalam pertandingan yang disertai. Antara Pertandingan yang disertai, iaitu Koperasi Daerah (11 Februari 2012), Remaja Kebangsaan Perlis (18 Februari 2012) Taman Flora, Batu Pahat, dan Angkasa Negeri (25 Februari 2012).

Antara peserta yang terlibat, iaitu Nor Intan Noramalina Binti Jamaludin (5IR), Mohd Shafie Bin Mohd Ali (4IR), Mohd Haziq Akmal Bin Zakaria (2RK), Mohd Amirul Adli Bin Ton Latib (5IR), Nur Farhana Atiqah Binti Airul Asri (3RK), Nur Hafezah Binti Rosli (3RK), dan Suhairin Binti Subri (5IK).

Sekalung terima kasih kepada pengurus dan para jurulatih yang turut memberikan sumbangan tenaga dan latihan sehingga kejayaan cemerlang ini dicapai. 











Sunday, February 12, 2012

Tahniah Pasukan Badminton SMK Benut



9 Februari 2012 – Tahniah kepada Pasukan Badminton SMK Benut yang berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan Kejohanan Badminton MSSD Pontian yang diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut selama 3 hari bermula 1 Februari hingga 3 Februari 2012.

Berikut keputusan rasmi kejayaan yang diperoleh dalam pertandingan tersebut :

Atlet SMK Benut
Kategori
Kejayaan
KWEK YEE HAO
PERSEORANGAN LELAKI 15
JOHAN
KWEK YEE HAO
DAN
MUHAMMAD AIZAT FARHAN B. ZAKARIA
BEREGU LELAKI 15
JOHAN
MUHAMMAD AIZAT FARHAN B. ZAKARIA
PERSEORANGAN LELAKI 15
NAIB JOHAN
LEE KIA CHI
DAN
SITI AISYAH AZIZAH
BEREGU PEREMPUAN 15
NAIB  JOHAN
SITI AISYAH AZIZAH BT MOHD SARMAN
PERSEORANGAN PEREMPUAN 15
NAIB JOHAN
MOHD HAZIQ AKHMAL BIN ZAKARIA DAN MOHD HAIQAL
BEREGU LELAKI 15
KEEMPAT

Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas kepada atlet SMK Benut dan terima kasih kepada Pengurus dan jurulatih yang memberikan latihan yang cemerlang sehingga kejayaan ini diperoleh. Teruskan kecemerlangan di peringkat Negeri .