Thursday, April 5, 2012

Tahniah Atlet MSSD Pontian 2012



5 APRIL 2012 – Warga SMK Benut merakamkan syabas dan tahniah kepada para atlet SMK Benut yang turut berjaya dengan cemerlang dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pontian Tahun 2012 yang telah diadakan pada 26 Mac sehingga 29 Mac 2012 di padang SMK Dato’ Ali Haji Ahmad.

Kontinjen SMK Benut telah berjaya mendapat tempat KEENAM dengan pungutan pingat sebanyak EMAS = 3, PERAK = 7 dan GANGSA = 7. Pihak sekolah telah memberikan insentif kepada atlet yang berjaya dengan sumbangan wang RM30 (EMAS), RM20 (PERAK) dan RM10 (GANGSA).

Berikut keputusan rasmi yang dimenangi oleh atlet SMK Benut :

Kategori
Nama Atlet
Kumpulan
Acara
Kejayaan
L
ANAS HAFIZUDDIN BIN ZAKARIA
C
LOMPAT TINGGI
EMAS
P
SITI NUR HASSANAH BINTI M.KAMIN
B
LOMPAT KIJANG
EMAS
P
NURUL HAZIRAH IZZATI BINTI HUSSIN
C
100M LARI BERPAGAR
EMAS


Kategori
Nama Atlet
Kumpulan
Acara
Kejayaan
L
MOHD AZREEN BIN DAIM
A
LOMPAT KIJANG
PERAK
L
MUHAMMAD NOR SYAFIQ BIN APANDI
A
500M
PERAK
L
MOHD ARSYAD BIN NGATEMAN
B
110M LARI BERPAGAR
PERAK
L
MUHAMMAD HAFIZUDIN BIN MD ALIAS
C
REJAM LEMBING
PERAK
P
NURUL HAZIRAH IZZATI BINTI HUSSIN
C
LOMPAT JAUH
PERAK
P
PUTERI SYAFIQA BINTI SUHAIMI
C
110M
PERAK
P
PUTERI SYAFIQA BINTI SUHAIMI
NUR FATIHAH BINTI RAMLAN
NUR SHAHIRA BINTI M. RIDZUAN
SITI AISYAH AZIZAH BINTI M. SARMAN
SITI NOOR FARHANA BINTI SAMSURI
NURUL HAZIRAH IZZATI BINTI HUSSIN
C
4 X 100M
PERAK


Kategori
Nama Atlet
Kumpulan
Acara
Kejayaan
L
MUHD FIRDAUS BIN MOHD RAZAK
B
110M LARI BERPAGAR
GANGSA
L
MOHAMED NAQIB ZULFIQAR BIN MAZLAN
B
LOMPAT KIJANG
GANGSA
L
MUHAMMAD HAFIZUDIN BIN MD ALIAS
C
LEMPAR CAKERA
GANGSA
P
SITI AISYAH AZIZAH BINTI M. SARMAN
C
LOMPAT JAUH
GANGSA
P
SITI NUR SYAKIRIN BINTI M. KAMIN
C
400M
GANGSA
P
MIMI EZZATY SHAFFIRA BINTI BASRI
C
LONTAR PELURU
GANGSA
P
NUR FATIHAH BINTI RAMLAN
SITI AISYAH AZIZAH BINTI M. SARMAN
SITI NUR SYAKIRIN BINTI M. KAMIN
NURUL HAZIRAH IZZATI BINTI HUSSIN
NUR SHAHIRA BINTI M. RIDZUAN
SITI NOOR FARHANA BINTI SAMSURI
C
4 X 400M
PERAK


Sekalung terima kasih dan syabas kepada pengurus pasukan dan para jurulatih yang sentiasa komited dan bersungguh-sungguh melatih dan memberikan motivasi kepada para atlet dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Wednesday, April 4, 2012

Majlis Penyerahan Buku Resit Sumbangan PIBG dan Kelas Tambahan


4 April 2012 – Majlis penyerahan buku resit Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan buku resit pembayaran Yuran Kelas Tambahan PMR, SPM dan STPM kepada guru-guru tingkatan telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali semasa Mesyuarat Kurikulum kali kedua.

Encik Abdul Rahman Bin Zainal (Bendahari PIBG) telah menyerahkan buku resit tersebut kepada guru-guru tingkatan.

Para Ibu bapa atau penjaga boleh membayar sumbangan PIBG dan yuran kelas tambahan ini semasa Hari Bertemu Pelanggan pada hari Jumaat, 6 April 2012 jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Bayaran RM40.00 bagi sebuah keluarga untuk sumbangan PIBG. Seterusnya, bayaran yuran kelas tambahan bagi Menengah Rendah (PMR) sebanyak RM60.00 manakala RM80.00 bagi kelas tambahan Menengah Atas (SPM atau STPM). Bayaran yuran kelas tambahan boleh dibuat bayaran secara penuh atau secara ansuran.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan guru tingkatan atau pihak pentadbir SMK Benut. Sekalung ucapan terima kasih diberikan kepada semua ibu bapa atau penjaga atas kerjasama dan komitmen yang berterusan diberikan kepada pihak sekolah. 





Sijil Penghargaan Kepada Warga Pendidik SMK Benut



4 April 2012 – Pihak pentadbiran SMK Benut telah memberikan Sijil Penghargaan kepada semua guru atas kecemerlangan yang diberikan bagi peningkatan pencapaian keputusan peperiksaan SPM dan STPM tahun 2011.

Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyerahkan Sijil Penghargaan kepada semua guru melalui wakil, iaitu Encik Abdul Rahman Bin Zainal (Pengerusi Kelab Bilik Guru) dan Puan Roiza Binti Jailani (Penyelaras Tingkatan 6),





Monday, April 2, 2012

Pelancaran Wakaf Buku 2012



2 APRIL 2012 – Pelancaran Wakaf Buku telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa perhimpunan rasmi mingguan ke-13.

Puan Hajah Azniza Binti Zakaria (Guru Perpustakaan dan Media, SMK Benut) telah memaklumkan Program Wakaf Buku bertujuan menerima sumbangan pelbagai jenis buku yang tidak lagi digunakan untuk diserahkan ke Perpustakaan Zaaba, SMK Benut. Sumbangan buku ini terbuka kepada kalangan guru, pelajar, ibu bapa dan bekas pelajar SMK Benut. Sasaran seterusnya untuk menambahkan koleksi jumlah buku di perpustakaan sehingga mencapai 24,000 buah. Sijil penghargaan akan diberikan kepada mereka yang memberikan sumbangan yang terbanyak melebih 10 buah buku. 

Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) dan Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran) telah memulakan sumbangan beberapa buah buku sebagai simbolik pelancaran Wakaf Buku pada hari ini. 

Diharap bermulanya sumbangan ini akan diikuti oleh guru dan seterusnya para pelajar. 





Lawatan Sambil Belajar Karnival Jom Masuk U


24 MAC 2012 – Lawatan sambil belajar ke Pameran Karnival Pengajian Tinggi (Jom Masuk U) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bertempat di Persada Johor Bahru telah berjaya diadakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut. 

Seramai 70 orang murid yang terdiri dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 Atas telah turut serta dalam lawatan ini. Puan Asiah Binti Aziz (Kauselor Cemerlang, SMK Benut) telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk menguruskan lawatan tersebut.

Semoga lawatan sambil belajar ini dapat memberikan input dan dapat menyuntik semangat kepada para peserta untuk terus belajar dan menanamkan impian untuk ke pusat pengajian tinggi pada suatu masa nanti.