Wednesday, August 15, 2012

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-55 Tahun 2012



13 Ogos 2012 – Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-55 Tahun 2012 peringkat sekolah telah berjaya dilancarkan secara rasmi oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) bertempat di Dataran Baiduri, SMK Benut semasa perhimpunan mingguan khas pada hari ini bermula jam 7.20 pagi sehingga 8.10 pagi.

Majlis yang diadakan walaupun secara sederhana namun memberikan impak yang besar kepada semua warga SMK Benut pada hari ini. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua. Beliau dalam ucapannya mengingatkan kepada semua warga SMK Benut supaya sentiasa berfikiran rasional dan bertindak mengikut hala tuju yang sebenar sebagai seorang insan. Seterusnya, meningkatkan diri, sahsiah  dan disiplin untuk memastikan kejayaan yang lebih cemerlang.

Majlis seterusnya memotong reben dan menaikkan dua buah bendera Jalur Gemilang sepanjang 15 meter di bangunan Tingkatan Enam. Jalur Gemilang ini diusahakan oleh para pelajar Junior Tingkatan Enam. Majlis disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua) dan Puan Hajah Azizah Binti Omar (PK HEM). Majlis seterusnya, mendeklamasikan sajak dan bicara berirama kemerdekaan oleh para pelajar Tingkatan 2 Rancangan Khas. Akhir sekali, nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku.

Pelbagai aktiviti dirancangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah untuk diambil peluang kepada semua warga SMK Benut. Antaranya, membuat ucapan di portal rasmi SMK Benut, membuat buku skrap Merdeka, mencipta sejarah patriotik, membuat bendera Malaysia daripada bahan terbuang, mendeklamasikan sajak patriotik, melukis poster berdasarkan tema hari kebangsaan ke-55 dan menulis esei kemerdekaan. Semoga aktiviti ini dapat sambutan yang menggalakkan oleh semua pelajar SMK Benut.

Warga SMK Benut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-55, Janji ditepati.

















Tuesday, August 14, 2012

Pemantauan dan Penilaian Pengetua Cemerlang DG54


13 OGOS 2012 – Pemantauan khas seramai dua orang pegawai wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah hadir ke SMK Benut pada hari ini. Tujuan hadir untuk membuat pemantauan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran SMK Benut serta menilai percalonan Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) bagi kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang DG54.

Kami warga SMK Benut mendoakan semoga Tuan Pengetua berjaya dalam percalonan ini. Insyaallah.















Sunday, August 12, 2012

Majlis Solat Tarawih dan Qiammulail Pelajar Tingkatan Enam 2012


10 Ogos 2012 – Majlis Solat Tarawih dan Qiammulail bagi Pelajar Tingkatan Enam Atas telah berjaya diadakan di Surau SMK Benut. Turut hadir Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut).

Program Kongsi ilmu turut diadakan selepas solat Tarawih berjemaah. Pihak pengurusan Tingkatan Enam telah mengundang seramai 6 orang pelajar Tingkatan Enam Tahun 2011 yang telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam keputusan STPM 2011 untuk berkongsi kejayaan dan memberikan tips serta bimbingan untuk mencapai kecemerlangan seperti yang dilakukan sehingga berjaya dengan cemerlang.



Semoga info dan tips yang diberikan dapat diaplikasikan sebelum peperiksaan STPM 2012 bermula.








Friday, August 10, 2012

Majlis Khatam Al-Quran 2012


10 OGOS 2012 – Majlis Khatam Al-Quran telah berjaya diadakan pada hari ini di Dataran Baiduri, SMK Benut semasa perhimpunan khas hari ini bermula jam 7.20 pagi sehingga jam 7.50 pagi.

Bacaan Khatam Al-Quran diketuai  oleh Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Mohd Amin (Guru Pendidikan Agama Islam, SMK Benut) bersama kumpulan pelajar Tingkatan Enam Atas.











Kunjungan Jalinan Ramadan 1433 H


9 OGOS 2012 – Kunjungan Jalinan Ramadan oleh Pegawai-Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian ke Asrama (Asli) SMK Benut hari ini cukup bermakna kepada warga Asrama (Aspura dan Aspuri).

Kunjungan  ini seramai lima orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian  yang diketuai oleh Encik Hamid Bin Selamat (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian). Turut hadir semasa kunjungan ini ialah Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) dan barisan pentadbir SMK Benut serta guru-guru SMK Benut.

Kunjugan ini bagi merapatkan lagi hubungan mesra dari PPD Pontian bersama warga asrama SMK Benut. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan seterusnya solat Maghrib berjemaah. Selepas itu, majlis jamuan istimewa bertempat di dewan makan asrama dan seterusnya solat Isyak berjemaah serta solat Tarawih. Akhir sekali, turut disediakan jamuan moreh bersama-sama.

Semoga kunjungan seperti ini diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan antara pegawai PPD Pontian bersama warga asrama SMK Benut.

Sekalung ucapan terima kasih atas kesudian berkunjung di Asrama (Asli) SMK Benut. Terima kasih tuan.