Saturday, November 8, 2014

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2014

6 November 2014: Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
 
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Aktiviti membaca buku selama 34 minit dijalankan pada 10.00 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. Di SMK Benut, pelancaran Kem Membaca 1Malaysia  telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladin Bin Masro di kelas 4 Ibnu Sina.

Walaupun secara rasmi kelas yang terlibat dalam aktiviti ini hanya melibatkan tingkatan 4 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Rusyd serta sebahagian guru, namun seluruh warga sekolah turut menyertai secara tidak langsung. Semoga usaha yang murni ini akan memupuk semangat membaca warga SMK Benut. "We Are The Best"

Monday, November 3, 2014

Edaran Bubur Asyura Sempena 10 Muharam 1436 Hijrah



3 November 2014: Sempena menyambut kedatangan 10 Muharam Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan aktiviti penyediaan dan pengedaran bubur asyura.

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pekerja-pekerja sekolah. Semoga usaha yang murni ini akan diteruskan lagi dimasa-masa akan datang.

Selamat Menjalani Peperiksaan SPM & STPM 2014

3 November 2014: Semua calon SPM dan STPM mula menduduki peperiksaan pada hari ini dan akan berakhir pada 4 Disember 2014.

Semua warga SMK Benut mendoakan semoga semua calon sentiasa dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam keadaan selamat. "We Are The Best"

Sunday, November 2, 2014

Seminar Integriti Zon Benut 2014


 

1 November 2014: Satu kursus LaDaP anjuran PPD Pontian telah dijalankan di bilik Mesyuarat As-Syafie yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir 12.45 tengahari.

Kursus kali ini bertajuk Seminar Integriti Dalam Pendidikan. Selain daripada SMK Benut turut hadir adalah warga pendidik dari SMA Bugisiah dan SJK(T) Parit Ibrahim.

Penceramah jemputan telah didatangkan khas dari Institit Integriti Malaysia (IIM) iaitu Tn. Hj. Tumiran Parlan yang merupakan mantan GPK HEM SMK Pekan Nanas. 

Hasil daripada seminar ini bolehlah dibuat kesimpulan: integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.

Jamuan Akhir Tahun Keluarga Pengawas SMKB 2014

31 Oktober 2014: Jamuan Akhir Tahun Keluarga Pengawas SMKB 2014 telah dijalankan di Sanggar Kokurikulum dengan dihadiri oleh barisan pengawas 2014 dan 2015 serta Guru Penasihat.

Jamuan kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pada kali ini menu yang disajikan merupakan hasil kerjasama antara ahli dengan masing-masing membawa juadah dari rumah. Sementara itu bbq ayam pula disediakan bersama-sama sepanjang majlis dijalankan. 

Majlis yang disediakan dalam keadaan santai telah memberikan satu sentuhan nilai yang baik sekali terutamanya dalam memupuk semangat kerjasama dan bantu membantu.

Semoga kerjasama yang ditunjukkan akan dipraktikkan dalam menjalankan tugas sebagai pengawas SMK Benut. tahniah kepada semua ahli lembaga pengawas. "We Are The Best"

Untuk gambar seterusnya sila klik di sini
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

2 November 2014 : Sebuah majlis penyampaian sijil penghargaan telah diadakan bagi memberi pengikhtirafan dan motivasi kepada pengawas sekolah supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab. Selain itu, ianya juga sebagai menterjemahkan penghargaan kepada pengawas yang telah berkhidmatan untuk kepentingan sekolah. 

Majlis juga telah mengadakan watikah pelantikan pengawas baharu bagi memperkenalkan secara rasmi barisan pengawas baharu SMK Benut 2014. Ini adalah bagi menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang terpilih serta meningkatkan rasa hormat dalam kalangan pelajar terhadap para pengawas.


 
 
 
 
 
 
 

 Selanjutnya Sila klik di sini

Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama 
SMK Benut

1 November 2014 : Sebuah jamuan akhir tahun telah diadakan bagi memeriahkan lagi aktiviti di asrama Smk Benut. Majlis turut dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada warga asrama dan turut hadir pengetua dan GPK Hem SMK Benut bagi menjayakan majlis.





 
 
 
 


Selanjutnya sila klik disini