Thursday, April 23, 2015

Program Amalan Sahsiah dan Rohani (ASAR)


23 April 2015: Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.

Atas kesedaran ini, aktiviti kesedaran bahaya mendekati zina di bawah program Amalan Sahsiah dan Rohani telah dijalankan dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin & Pengawas dengan sasaran semua murid perempuan tingkatan 4 & 5 Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan Ibnu Khaldun.

Semoga dengan aktiviti yang singkat ini akan memberikan sedikit kesedaran kepada semua murid dan seterusnya dapat menangani masalah gejala sosial yang kini semakin digeruni.

Wednesday, April 22, 2015

Pengesanan Bilik Darjah Abad ke-21 Oleh Pegawai SIP+


22 April 2015: Satu pemantauan bagi pengesanan penyediaan bilik darjah abad ke-21 telah dijalankan oleh Pegawai SIP+ En. Esa Bin Dasim. Dalam pemantauan tersebut beberapa aspek telah ditegur bagi memenuhi keperluan fizikal kelas abad ke-21 terutamanya dalam menyusun atur kerusi meja murid. Menurut En. Esa, susun atur meja murid mesti menggambarkan kumpulan perbincangan antara 4 hingga 6 murid setiap kumpulan. Selain daripada itu, beberapa keperluan lain juga turut deberikan perhatian sebagaimana keperluan Item Teras 2B Pengurusan Bilik Darjah Abad 21 (sila klik di sini).

Sebagai rujukan semua warga SMKB terutamanya Guru Tingkatan, berikut adalah susun atur yang boleh dijadikan sebagai panduan:





Tuesday, April 21, 2015

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) SMKB 2015

21 April 2015: Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.

Program KM1M 2015 di Peringkat Kebangsaan akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 21 hingga 23 April dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Majlis Pelancarannya akan diadakan pada 21 April 2015 di SMK Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang. Manakala pelancaran peringkat Negeri Johor akan diadakan di SK Kampung Pasir, Johor Bahru pada tarikh yang sama.
Sehubungan itu, SMKB telah melancarkan Program KM1M pada hari ini dengan penglibatan seluruh warga sekolah serentak bermula jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi di kelas / bilik masing-masing dengan pengawasan guru.

Terima kasih kepada semua warga sekolah atas kerjasama yang diberikan. Semoga program ini akan menyuntik semangat semua murid untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya. SMKB, We Are The Best.

Pertandingan Kawad Kecekapan Kadet Bomba & Penyelamat Daerah Pontian 2015




















12 April 2015: SMKB telah menjadi johan dalam pertandingan ASPEC Challenge (pertolongan cemas) kategori perempuan dalam  Pertandingan Kawad Kecekapan Kadet Bomba & Penyelamat Daerah Pontian 2015 yang telah diadakan di SMK Sri Perhentian. 

Selain daripada ASPEC Challenge (Pertolongan Cemas) Terdapat 3 kategori kawad kecekapan lain yang turut dipertandingkan iaitu:
1. Kawad Operasi Berhalangan
2. Brain & Braun (BB) Challenge dan
3. Ikatan dan Tali

Tahniah kepada pasukan Kadet Bomba SMKB. We Are The Best.

Sunday, April 19, 2015

Majlis Penutup Bulan Penghayatan Bahasa Tahun 2015

19 April 2015 (Ahad): Berakhirnya bulan Penghayatan Bahasa tahun 2015. Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemenang. Beberapa program telah diadakan sepanjang bulan penghayatan bahasa seperti BAHASA MELAYU kuiz komsas menengah atas, forum remaja, bercerita komsas, penulisan esei, mencari perkataan tersembunyi, mencipta pantun, berbalas pantun, kuiz  peribahasa, syarahan, pidato, dan deklamasi sajak BAHASA INGGERIS pertandingan menreka Bookmark menengah atas dan rendah, pertandingan drama, Scrabble menengah atas, Wonderword, dan Public Speaking. Dengan berakhirnya bulan penghayatan bahasa ini diharap para pelajar Smk Benut dapat membina keyakinan dan ketrampilan para pelajar. We Are The Best!


Pertandingan drama Bahasa Inggeris
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pontian
2015


Tahniah diucapkan kepada para peserta pertandingan drama bahasa Inggeris yang telah berlangsung di Smk Ayer Baloi pada 14 April 2015 (khamis) kerana memenangi tempat ke-2. Syabas diucapkan kerana kesungguhan yang ditonjolkan. We Are The Best !

Kami Juara !!!
Kejohanan Petanque Tertutup Johor 2015

Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor


Kamilah juara! Alhamdullilah dan Tahniah diucapkan kepada para peserta Kejohanan Petanque Tertutup Johor 2015. Kejohanan telah berlangsung pada 17&18 April  2015 di gelanggang Petanque SMK Benut. Kategori perempuan dewasa telah merangkul tempat pertama berserta wang tunai RM400.00 dan tempat kedua telah dimenangi oleh kategori lelaki sekolah. Manakala ketegori perempuan sekolah telah memenangi tempat ke-8. We Are The Best!