Tuesday, May 10, 2016

Program Mesra PDRM Bersama SMK Benut 2016

10 Mei 2016: Program Mesra PDRM telah diadakan di Bilik Mesyuarat As-Syafie SMK Benut. Seramai 47 orang murid telah terpilih untuk mengikuti program ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pegawai Perhubungan Sekolah, ASP Omar beliau menginagatkan semua murid agar tidak terlibat daripada melakukan kes salah laku sepert buli, samseng, dadah dan masalah gejala soaial.

Seterusnya muri-murid dipecahkan kepada 9 kumpulan kecil. Dalam kumpulan tersebut yang mengandungi seramai 5 orang murid, seorang anggota polis akan menjadi fasilitator bagi mendampingi lebih dekat lagi dan mendengar permasalahan yang dihadapi dan seterusnya memberikan bimbingan berdasarkan pengalaman anggota terlibat.

Semoga usaha yang dijalankan oleh PDRM akan menjadi satu langkah ke arah kecemerlangan sahsiah murid dan seterusnya akan meningkatkan juga kecemerlangan dalam bidang akademik.

Terima kasih juga diucapkan kepada PDRM Daerah Pontian di atas komitmen yang telah diberikan.
















 












Monday, May 9, 2016

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP): Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) SMK Benut Bersama Bank Islam


9 Mei 2016: Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif. 

Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa. 

Atas inisiatif Pejabat Pendidikan daerah Pontian, kerjasama komuniti dari Bank Islam telah diwujudkan bagi menyahut cabaran PIBK. Tiga orang pegawai Bank Islam Cawangan Pontian dengan kehadiran bersama Pengurus Cawangan Pontian, En. Azman Bin Ngah dalam memberikan input berkaitan riba dan pengurusan kewangan dalam perbankan secara islam telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie SMK Benut.

Majlis dimulakan dengan pembentangan berkaitan PIBK SMKB oleh setiausaha PIBK, En. Md. Anishak. Dalam pembentangan tersebut, beliau mendedahkan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun oleh ibu, bapa dan komuniti terhadap sekolah bagi memastikan kecemerlangan sekolah. 

Seterusnya sebagai simbolik kerjasama Bank Islam bersama SMKB, acara memotong reben telah disempurnakan oleh En. Ariffin (GPK HEM) selaku wakil rasmi Tuan Pengetua SMKB.










Sunday, May 8, 2016

Johan Kawad kaki KRS Perempuan dan Ketua Platun Terbaik

4 Mei 2016: Pasukan Kadet Remaja Sekolah (Perempuan) telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Kawad kaki Daerah Pontian tahun 2016. Lebih manis lagi ketua platun Nurul Syazwani Binti Ismail telah diistiharkan sebagai Ketua Platun terbaik.

Tahniah kepada pasukan kawad kaki KRS (Perempuan), tahniah juga kepada semua guru yang terlibat dalam melatih pasukan ini sehingga diangkat sebagai Johan.

Pasukan ini akan mewakili daerah Pontian ke peringkat Negeri yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.


Thursday, May 5, 2016

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Enam Rendah 

dan 

Program Suai Mesra Enam Rendah



04 Mei 2016 (Rabu): Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam junior kerana memilih tingkatan enam sebagai tempat melanjutkan pengajian anda. Seramai 111 orang pelajar telah mendaftar di Smk Benut yang kebanyakannya dari sekolah-sekolah di sekitar Benut. Sesi pendaftaran telah diadakan di Dewan Baiduri Smk Benut, dan diteruskan dengan program suai mesra dan orentasi pelajar-pelajar enam rendah. Program suai mesra ini dikendalikan oleh pelajar senior bagi menunjukkan teladan melalui kepimpinan kepada pelajar-pelajar junior.

Program suai mesra ini akan berlangsung selama seminggu bermula pada 04 Mei-12 Mei 2016. Sepanjang program ini pelajar-pelajar junior akan diberikan taklimat mengenai perjalanan tingkatan enam dan matapelajaran-matapelajaran yang akan diambil serta pembahagian kelas mengikut aliran masing-masing. Diharap para pelajar memulakan sesi persekolahan dengan semangat baharu serta diiringi kecemerlangan yang bakal digapai. Kami warga Smk Benut mengalu-alukan kedatangan anda dan tahniah diucapkan kerana berjaya  menempatkan diri anda selangkah ke universiti. 


 











Sunday, May 1, 2016

EXCELLENGE IN MUET PROGRAM


23 April 2016 (Ahad) : Program bagi meningkatkan prestasi para pelajar tingkatan 6 di dalam menjawab peperiksaan muet telah diadakan di Bilik Mesyuarat As-Syafiee pada hari ahad yang lalu. Program ini telah menjemput Mr. Anthony Joseph guru Muet dari SMK Taman Kluang Barat, Johor Darul Takzim. Beliau mempunyai pengalaman selama 16 tahun mengajar muet dan diharap program ini dapat memberikan input yang berguna di masa akan datang kepada para pelajar di dalam menduduki ujian Muet.





Pertandingan Pidato Bahasa Cina SMK 
Daerah PontianTahun 2016


22 April 20016 (Jumaat) : Tahniah diucapkan kepada pemenang pertandinga pidato Bahasa Cina Chua Jingle kerana telah berjaya melayakkan diri dan seterusnya akan mewakili Daerah Pontian ke Pertandingan Pidato Bahasa Cina Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 25 Jun 20016 di Muar. Syabas dan tahniah juga diucapakan kepada guru-guru Bahasa Cina Smk Benut Cik Chong Mee Chee, En Chua Keh KWan dan Pn Khoo Choon Mei yang menyumbang kepada kejayaan para pelajar. Seramai 6 orang pelajar telah menyertai pertandingan tersebut yang terdiri daripada tingkatan 3,4 dan 5. Seorang pelajar telah mendapat johan dan seorang pelajar telah mendapat naib johan.