Monday, March 13, 2017

KURSUS BITARA STEM PERINGKAT NEGERI JOHOR

TARIKH : 5-7 Mac 2017
MASA : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
TEMPAT : Savanna Hill, Ulu Tiram

LATAR BELAKANG

Kursus Bitara STEM dijalankan bagi memberi panduan perlaksanaan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru dan murid-murid di semua sekolah di Johor . Kursus STEM ini adalah lanjutan kepada fasa yang pertama yang mana objektifnya adalah penyebarluasan kepada murid-murid sekolah di Johor

OBJEKTIF

Objektif pendidikan STEM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai literasi  STEM yang berupaya untuk mengenal  pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif.

RINGKASAN AKTIVITI KURSUS

Pada fasa 2 ini, guru-guru menjadi jurulatih utama dalam usaha untuk memberi pendedahan  pedagogi STEM serta projek yang akan dijalankan di sekolah kepada murid-murid. Guru-guru dipecahkan kepada 4 bahagian teras STEM iaitu, pengangkutan, tenaga, komunikasi dan jalur lebar. Satu daerah membawa 16 orang wakil murid iaitu 4 orang murid dari setiap sekolah. Murid-murid ini dibahagikan juga kepada 4 kumpulan mengikut unit STEM. SMKB telah diwakili oleh :
Guru
Pn Siti Ezainora bt Kasiran (JU)

Murid
1.      DAYANG ANIS SYAKIRAH BT ABD AZIZ                       - 2KRK
2.      NURUL IZZAH AQILAH BT OMAR                               - 2KRK
3.      NUR UMIE UMAIRAH BT SAHRUL                              - 2KRK
4.      NUR ALESSA FATIHAH AMINAH BT ABU HANIFAH     - 2KRK

Murid-murid ini diberi bimbingan oleh guru-guru sebagai jurulatih utama dan dikehendaki menguasai unit masing-masing. Bimbingan diberikan pada hari pertama kursus. Kursus pada hari kedua disambung dalam bahagian pembangunan model dan prototaip.
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut daerah :
a)      10 orang untuk aktiviti Smart City
b)      3 orang untuk aktiviti Go Green
c)      3 orang untuk aktiviti Creative Design
Melalui pembahagian ini, murid-murid diminta untuk menyelesaikan tugasan yang mana kemudiannya akan dibentangkan dan dipertandingkan hasil kerja mereka Murid- murid ini juga di uji dengan 12 pertandingan mengikut unit masing-masing. 2 orang wakil dari setiap daerah dalam satu pertandingan dipilih bagi memastikan tahap penguasaan murid-murid ini dalam STEM. Seorang wakil murid dari setiap daerah juga dipilih untuk aktiviti ‘Three minute pitching’. Semua pertandingan yang dijalankan memang benar-benar dapat menguji kebolehan dan tahap penguasaan murid dalam program STEM.
Fasa 3 program STEM akan dijalankan dijangka berlangsung pada bulan April. Bagi fasa seterusnya, guru-guru dan murid-murid ditugaskan untuk menjadi jurulatih utama dalam setiap daerah pula.

Kursus ini diharap dapat disebarluaskan kepada semua sekolah di negeri Johor agar dapat meningkatkan minat dan kesedaran murid serta ibu bapa terhadap pentingnya sains dalam kehidupan serta PdP yang mengintegrasikan kejuruteraan dan teknologi ke dalam sains dan matematik dapat dicapai. Tahniah kepada wakil guru SMKB kerana dilantik menjadi jurulatih utama program STEM manakala 4 orang wakil murid SMKB pula akan menjadi jurulatih dalam kalangan murid-murid di daerah Pontian.



















Saturday, March 11, 2017

Program teknik belajar pantas

9 Mac 2017: Program Teknik Belajar Pantas untuk calon-calon SPM dan STPM anjuran Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling telah dijalankan di Dewan baiduri SMKB. 

Semua murid begitu teruja dengan gaya yang disampaikan oleh penceramah En Solihin bin Mohd Razali yang begitu bersahaja tetapi dapat mengawal semua murid dengan berkesan. Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKB atas kejayaan dan komitmen yang diberikan.

Ceramah Penyakit Talasemia, HIV dan Gejala Sosial

9 Mac 2017: Satu siri ceramah anjuran Pusat Kesihatan Benut telah dijalankan di Dewan Baiduri SMKB. Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan penyakit talasemia, HIV dan gejala sosial. Murid-murid yang terdiri daripada semua tingkatan 4 telah didedahkan tentang punca, akibat dan cara untuk mencegah bagi menangani penyakit-penyakit tersebut.

Semoga maklumat yang disampaikan akan memberikan manfaat kepada semua murid dan seterusnya menjadikan kehidupan lebih bermakna dan berkualiti.

Thursday, March 2, 2017

PRA KEJOHANAN SUKAN SMKB 2017

TARIKH : 19 & 20 FEBRUARI 2017
MASA : 2.30 – 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG SMK BENUT

Pra kejohanan SMK Benut telah diadakan pada 19 dan 20 Februari yang mana melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Acara Pra Kejohanan diadakan selama dua hari iaitu pada hari Ahad dan Isnin. Acara bermula pada jam 2.30 petang dimana semua guru dan murid berkumpul di Sanggar Koko SMKB untuk proses pengelolaan peserta Murid-murid telah diberi penerangan tentang perjalanan acara pra kejohanan semasa perhimpunan pagi oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran. Setiap murid dikehendaki hadir pada hari acara mereka berlangsung sahaja.


 Keseluruhan perjalanan bagi pra kejohanan pada kali ini berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi dan memberi kerjasama yang sangat baik. Ini memudahkan perjalanan acara yang berlaku kerana masa semua acara berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Acara pra kejohanan tahun 2017. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.




 

 










Wednesday, February 22, 2017

KEPUTUSAN HARI SUKANTARA SMK BENUT 2017

TARIKH : 6 & 7 FEBRUARI 2017
MASA : 2.30 – 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG SMK BENUT

Acara Sukantara adalah salah satu program di bawah Unit Kokurikulum yang diadakan sebelum menjelangnya Acara Kejohanan Olahraga Tahunan bagi setiap tahun. Acara Sukantara ini merupakan kesinambungan daripada Acara Merentas Desa yang telah diadakan pada 14 Januari 2017 yang lalu. Pungutan mata yang diperolehi dalam acara tersebut akan digabungkan bersama pungutan mata yang diperolehi oleh setiap rumah sukan di dalam Acara Sukantara. Keseluruhan mata yang diperolehi di dalam kedua-dua acara sukan tersebut akan dibawa ke acara kemuncak iaitu Acara Kejohanan Olaharaga Tahunan.

Pada tahun ini, Acara Sukantara ini melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Acara Sukantara diadakan selama dua hari iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Acara bermula pada jam 2.30 petang dimana semua guru dan murid berkumpul di Dtaran Baiduri, SMKB untuk menjalankan sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh guru rumah sukan masing-masing. Murid-murid telah diberi penerangan tentang perjalanan Acara Sukantara semasa perhimpunan pagi oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran. Setiap murid dikehendaki melaksanakan 4 acara sukan iaitu Acara Lari 100 Meter, Acara Lari 400 Meter, Acara Lompat Jauh dan Acara Lontar Peluru. Setiap murid dikehendaki melepasi tahap yang telah ditetapkan untuk memperolehi 2 mata bagi setiap acara. Murid-murid diberi galakan untuk menyertai setiap acara kerana setiap penyertaan walaupun tidak melepasi tahap yang ditetapkan akan diberikan 1 mata. Pada jam 3.00 petang, semua murid bergerak mengikut rumah sukan masing-masing mengikut acara sukan yang telah ditetapkan oleh guru.

 Keseluruhan perjalanan bagi 4 acara tersebut berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi Sistem Giliran Acara yang telah ditetapkan. Ini memudahkan perjalanan acara yang berlaku secara serentak bagi keempat-empat acara. Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan.

Keputusan penuh acara sukantara SMKB 2017 adalah seperti berikut :


  1. Panglima - 1090 mata
  2. Bendahara - 991 mata
  3. Laksamana - 917 mata
  4. Temenggong - 914 mata

Secara keseluruhannya perjalanan Acara Sukantara Peringkat SMK Benut 2017 berjalan lancar tanpa berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Acara Sukantara tahun 2017. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.




























Tuesday, February 21, 2017

SAMBUTAN BULAN PENGHAYATAN BAHASA 2017

TARIKH : 19 Februari 2017 (AHAD)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Sambutan Bulan Penghayatan Bahasa  2017  telah diadakan dengan jayanya pada 19 Februari 2017 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1)      Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
2)      Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
3)      Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan
4)      Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa

Majlis dimulakan dengan persembahan perasmian oleh wakil murid iaitu persembahan gurindam. Sebelum persembahan, Pn.Hanipah Bte Rosli menerangkan serba sedikit tentang apa itu gurindam sebagai pengetahuan tambahan untuk semua. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pn Roby bt Abd Hamid, Guru Penolong Kanan 1 selaku wakil pengetua. Kemudian, majlis diteruskan dengan gimik perasmian untuk Bulan Bahasa dan persembahan pelajar.


Sepanjang minggu ini, beberapa pertandingan telah dijalankan dipecahkan kepada tiga iaitu Pertandingan Bahasa Cina, Pertandingan Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahasa Inggeris. Antara pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan menulis esei, pidato/syarahan, sajak dan syair, scrabble, treasure hunt, wonder world, kaligrafi cina, kuiz bahasa cina dan bermacam-macam lagi aktiviti. Semua murid digalakkan untuk terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan. Majlis perasmian pada hari itu berakhir pada pukul 8.00 pagi dan murid-murid bergerak ke kelas masing-masing.




















TAHNIAH, Pasukan Bola Keranjang SMKB

13-15 Februari 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kejohanan Bola Keranjang MSSD Pontian selama tiga hari (13, 14 dan 15 Februari 2017). Pertandingan Bola Keranjang ini diadakan di SJK(C) Lok York, Benut. Dua pasukan telah dibawa ke pertandingan ini iaitu L18 dan P18. Hasil usaha gigih guru dan pemain, pasukan L18 telah memenangi tempat keempat manakala P18 telah menjadi naib juara dengan perbezaan hanya dua mata.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pemain atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Bola Keranjang SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan