Thursday, April 6, 2017

Majlis Makan Malam Kerlipan Permata

2 April 2017: Satu majlis anjuran PPD Pontian telah diadakan bagi meraikan kejayaan guru dan murid-murid SPM dan STPM 2016. Majlis Makan Malam Kerlipan Permata dan Anugerah Kecemerlangan STPM dan SPM 2016 dijalankan di Dewan Jubli Intan, Pontian pada Ahad lepas. Majlis disertai oleh semua guru-guru dan murid-murid seluruh daerah Pontian. Turut sama dijemput hadir ke majlis tersebut adalah guru-guru SPM dan STPM SMK benut.

Dalam majlis tersebut, anugerah bagi murid cemerlang dan sekolah cemerlang telah disampaikan. Acara cabutan bertuah juga dijalankan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.


Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan di masa hadapan



















Program Jauhi Zina

4 April 2017 (Selasa) : ‘Program Jauhi Zina’ telah dijalankan pada  hari Selasa yang lepas di mana melibatkan ceramah motivasi bersama dengan PU Yeop @ Ustaz Yeop. PU Yeop dijemput khas untuk program ini bagi memberi nasihat dan motivasi kepada semua murid-murid agar menjauhkan diri dengan zina. Sedikit latar belakang tentang PU Yeop :

Nama                   :  Mohd Zainudin Bin Mohamed Zaini
Nama Komersial : PU Yeop @ Ustaz Yeop

Pengalaman Kerja :

1.Imam Masjid Jame' Kg Melayu Sg Rapat Ipoh,Perak (2002-2005)
2.Pegawai Penguatkuasa Agama JAIPk (2006-2008)
3.Pegawai Pembangunan Keluarga JAIPk (2009-2014)
4.Timb.Pendaftar Perkahwinan,Perceraian & Rujuk Orang Islam Negeri Perak (2009-2014)

Program TV :

1.Finalis Pencetus Ummah Musim 1 Astro Oasis
2.Host Kapsul Ya Ustaz Astro Ceria
3.Syeikh Jemputan Rancangan Elak-Elak Musim 2 Astro Warna
4.Host Kapsul Islam 101 Astro Oasis
5.Tazkirah An Nur Astro Oasis
6.Kapsul 25 Rasul Astro Oasis
7.Host Kapsul Mengaji Bersama Upin Ipin Astro Ceria
8.Pelakon Watak Ustaz Yeop Drama Bersiri I-Kids Astro Ceria
6.Host Ceria I-Star Musim 1 Astro Ceria


Program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada murid-murid agar menjauhi zina dan mengetahui keburukan menghampiri zina. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang menjayakan program ini hingga selesai.














Untuk melihat gambar seterusnya, sila klik DISINI

Tuesday, April 4, 2017

Dialog Prestasi SPM 2016

4 April 2017: Dialog prestasi SPM 2016 telah dijalankan bagi membincangkan perbandingan keputusan SPM 2016 dan membuat sasaran bagi tahun 2017.

Pembentangan telah dilakukan oleh Pn Rosliza Selamat (GKMP Sains Kemasyarakatan) yang bertindak sebagai Penyelaras SPM. Kesemua tenaga pengajar tingkatan 5, setiausaha kecemerlangan, setiausaha peperiksaan, GKMP, GPK turut hadir.

Dalam rumusan oleh tuan pengetua, beliau mengucapkan tahniah atas peningkatan GPS daripada 5.59 (SPM 2015) kepada 5.18 (SPM 2016). Semoga tahun 2017 momentum peningkatan pencapaian ini dapat diteruskan. SMKB We Are The Best.







Anugerah EMAS Unit Kokurikulum 2016

SMKB telah diiktiraf sebagai penerima anugerah EMAS Unit Beruniform kategori Luar Bandar oleh Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Johor tahun 2016. Sementara itu bagi Sukan & Permainan serta Kelab & Persatuan pula SMKB diiktiraf sebagai penerima anugerah Gangsa.

Tahniah kepada Unit Kokurikulum atas pencapaian yang membanggakan. Semoga tahun 2017 akan memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang. SMKB We Are The Best.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSJ 2017






28-31 Mac 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kejohanan Olahraga MSSJ Pontian selama empat hari (28, 29, 30 dan 31 Mac 2017). Kejohanan olahraga ini telah dijalankan di Kompleks Sukan UTHM. Seramai  4 orang murid SMK Benut telah terpilih untuk mewakili daerah Pontian ke kejohanan ini. Daerah Pontian berada di tempat ke lima keseluruhan daripada 11 daerah yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada kontinjen olahraga SMK Benut atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan olahraga SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan.

Hasil usaha gigih guru dan pemain, pasukan olahraga sekolah telah memenangi beberapa acara iaitu :


1.      Mohd Haizan bin Idris
-          Perak (10km jalan kaki L18)
2.      Suhailey Sabri
-          Gangsa (lompat jauh P15)
3.      Nur Idaney
-          Tempat ke 6 (3km jalan kaki terbuka)

MESYUARAT PIBG KALI KE 39 SMKB 2017


TARIKH :  30 Mac 2017 (KHAMIS)
MASA : 2.00 petang hingga 6.00 petang
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

LATAR BELAKANG

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-39 ini telah dilaksanakan pada 30 Mac 2017 (Khamis) yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Isa bin ab. Hamid. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa menambahbaik dalam bidang bidang tertentu.

OBJEKTIF

·         Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
·          Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah.
·          Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.
·          Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

RINGKASAN MAJLIS

Pendaftaran ibu bapa dan ketibaan tetamu jemputan bermula pada pukul 2.00 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan di ikuti penyampaian hadiah dan sijil bagi murid cemerlang setiap tingkatan. Selepas ketibaan perasmi, majlis disambung semula dengan ucapan pengetua diikuti ucapan perasmian oleh YB Senator Isa bin Ab Hamid.

Selepas upacara perasmian, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Antara agenda mesyuarat tersebut ialah membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun 2016, membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2016, membahaskan usul, ucapan penangguhan dan pelantikan ahli PIBG yang baru. Mesyuarat Pibg kali ini diakhiri dengan acara cabutan bertuah.


Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza, untuk menjadikannya panduan untuk mengatasi cabaran mendidik anak-anak. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema “Ibu Bapa Cemerlang Sekolah Gemilang”.

Untuk gambar seterusnya, sila klik DI SINI

Saturday, April 1, 2017

Kursus Kepimpinan Pengawas 2017 SMKB

29-30 Mac 2017: Satu kursus kepimpinan Pengawas telah dijalankan di UTM. Seramai 5 orang guru pengiring telah turut serta bagi memastikan keselamatan peserta. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih daripada UTM. 

Antara objektif kursus ini:
  1. Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan
  2. Membina individu yang berkeyakinan dan berketerampilan dalam potensi diri
  3. Menerap rasa tanggungjawab
  4. Mencintai alam sekitar
  5. Dapat melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi
  6. Meningkatkan kemahiran dan komunikasi berkesan
  7. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan "rolemodel" oleh murid-murid lain
  8. Membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi dan visi sekolah
 Untuk melihat gambar-gambar sekitar kursus tersebut, sila klik DI SINI