Wednesday, June 21, 2017

MAJLIS IFTAR JAMAIE DAN SOLAT TERAWIH DI DEWAN BAIDURI SMK BENUT



20 JUN 2017 : Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, SMK Benut telah melaksanakan sambutan Berbuka Puasa pada hari Selasa, 20 Jun 2017 bertempat di Dewan Baiduri . Majlis bermula pada jam 6:30 petang dengan kehadiran para jemputan, guru-guru dan murid-murid serta warga sekolah. 


 


 



 



 

 








Sebelum majlis berbuka puasa, para hadirin bersama-sama mengikuti aktiviti Khatam Al-Quran. Selepas itu, apabila masuk waktu maghrib, para hadirin berbuka puasa yang telah disediakan dan bergerak ke dewan untuk solat maghrib secara berjemaah. Seterusnya para hadiri menikmati hidangan dan juadah yang disediakan diikuti dengan solat isyak dan solat terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Tuan Haji Saparudin bin Lahasan. 


Terima kasih  dan tahniah kepada semua guru dan murid –murid yang hadir dalam menjayakan majlis ini semoga sempena bulan Ramadhan  ini dapat memberikan seribu makna kepada kita semua.




 


 




 

 

 



 


 

 


Thursday, June 15, 2017

20 pemenang peraduan #gurukusekolahku

Norasyikin Binti Berahim (gambar paling kanan) dan 19 pemenang lain Peraduan Hari Guru 2017, #gurukusekolahku meraikan kejayaan bersama YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia
14 Jun 2017: PUTRAJAYA, seramai 20 pelajar diumum sebagai pemenang Peraduan Hari Guru 2017, #gurukusekolahku yang dianjurkan Media Prima Berhad dan Kementerian Pendidikan.

Tahniah kepada Norasyikin binti Berahim bersama guru kaunseling Pn. Noor Zahidah binti Hamzah kerana telah berjaya menambat hati juri dengan gambar yang telah dimuatnaik dalam instagram.

Pengurus Rangkaian Pemasaran, Rangkaian Radio Media Prima K Vickneswaran berkata, peraduan itu adalah satu daripada platform kepada pelajar bagi menyatakan penghargaan mereka terhadap jasa dan pengorbanan golongan pendidik.


"Pelajar hanya perlu memuat naik gambar atau video mereka bersama guru di media sosial Instagram serta berkongsi cerita mengenai guru yang memberi inspirasi kepada mereka dalam mencapai kejayaan menerusi #gurukusekolahku.

"Ini tahun keempat peraduan ini diadakan dengan mendapat sambutan menggalakkan daripada 3,604 penyertaan dari sekolah di seluruh negara," katanya ketika ditemui di Putrajaya, hari ini.
Hadir sama, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyempurnakan majlis berkenaan serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Selain itu, majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon, Ketua Setiausaha Datuk Seri Alias Ahmad, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Media Prima Berhad Shareen Ooi dan Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro Ahmad@Salim Bachok.

Dalam pada itu, Vickneswaran berkata, penyertaan dibuka pada 13 April hingga 21 Mei lalu itu mendapat sambutan menggalakkan sekali gus memberi peluang kepada pelajar mengasah kreativiti mereka.
"Malah, kita juga berharap peraduan ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dengan lebih banyak penyertaan," katanya.

Katanya, setiap pemenang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300, kamera Instax bagi kategori fotografi dan pembesar suara bluetooth (kategori video).
 
PUTRAJAYA: Seramai 20 peserta dinobatkan sebagai pemenang Peraduan Hari Guru 2017, #gurukusekolahku anjuran Media Prima Berhad (MPB) dan Kementerian Pendidikan. Pengurus Pemasaran Rangkaian, Rangkaian Radio Media Prima, K Vickneswaran, berkata pertandingan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan 3,604 penyertaan daripada pelajar sekolah menengah seluruh negara. Katanya, melalui peraduan berkenaan, pelajar yang berminat perlu menghasilkan gambar atau video pendek berkisar mengenai penghargaan pelajar kepada gurunya dengan keterangan gambar dan perlu dimuatnaik dalam laman sosial, Instagram dengan #gurukusekolahku. "Peraduan ini adalah sebagai platform untuk pelajar menunjukkan penghargaan mereka terhadap jasa guru selain mencungkil bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar dan video yang kreatif dengan keterangan gambar yang menarik," katanya. Beliau ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Hari Guru 2017, #gurukusekolahku yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Media Prima, Shareen Ooi. Semua 20 peserta membawa pulang hadiah kamera instax dan wang tunai berjumlah RM300.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292939

Monday, June 12, 2017

AHLI PENGAKAP SMK BENUT MENYERTAI JAMBOREE DI UDARA (JOTA) MALAYSIA KALI KE- 6

20 Mei 2017 : Unit Kokurikulum SMK Benut  telah menghantar beberapa orang ahli Pengakap SMK Benut bagi menyertai Jamboree Di Udara (JOTA) Malaysia kali ke 6 di Kukup, Pontian. Jamboree ini juga disertai oleh pengakap-pengakap seluruh Negeri Johor dan dari Singapura.

Ahli pengakap yang telah mengharumkan nama sekolah dalam penyertaan ini ialah :
  1. NURSYAIDATUL SYUHADA BINTI ABDUL RAZAK 
  2. NUR AQILAH BINTI BEDU
  3. MUHAMMAD AZIM BIN BABA
  4. IZZA RUSZAINI BT SULIMAN 
  5. NURUL HAZIMAH BT HALIM
  6. ELLY NATASHA BINTI MOHSIN 
  7. NUR IRDINA BINTI SULAIMAN
  8. LIYANA BALQIS BINTI ABU BAKAR
  9. AHMAD AMIRUN IRSYAD BIN ABD RAZAK
  10. LUQMAN HAKIM BIN ROSLAN

Tahniah diucapkan kepada guru penasihat pengakap dan peserta atas komitmen dan kesungguhan  yang ditunjukkan sehingga dapat mengharumkan nama sekolah. Penglibatan yang ditonjolkan akan menjadi pemangkin untuk  meneruskan kecemerlangan pada masa hadapan kelak.