Sunday, January 14, 2018

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H SMK BENUT 2018



11 JAN 2018: “ Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” begitulah tema  Sambutan Maulidur Rasul 1439H peringkat sekolah yang telah diadakan pada hari Khamis, 11 Januari 2018 di Dewan Baiduri.

Matlamat:
Melahirkan masyarakat Islam yang beriman, bertaqwa dan cemerlang bersesuain dengan falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan negara di samping dapat membudayakan islam sebagai cara hidup dan sentiasa mengamalkan sunnah Rasullah.

Jemputan khas penceramah yang berkaliber iaitu Ustaz Mohd Fairuz Bin Ali Akhbar selaku Mudir Pondok Al Bushro, Kota Tinggi. Sambutan yang sangat menggalakkan dan intipati yang telah disampaikan oleh penceramah dapat mengukuhkan lagi semangat waja sebagai ummah yang terbaik dalam mengingati pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya kelak. 


     
   
  

Aktiviti Sarana Ibubapa (Gotong-Royong 2 Ibnu Rusyd)

Pada 7 September 2013, Guru Tingkatan   2 Ibnu Rusyd iaitu Puan Hanipah bt Rosli telah menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas bersama dengan murid dan ibubapa murid kelas tersebut. aktiviti gotong-royong tersebut melibatkan pembersihan kelas, mengecat dan juga menghias kelas. Ibubapa murid  2 Ibnu Rusyd telah memberikan kerjasama yang sangat baik kerana telah bersama-sama turun padang dalam aktiviti ini. 

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah dan ibu bapa murid-murid 2 Ibnu Rusyd. Selain itu, aktiviti ini juga membantu menceriakan kelas tersebut seterusnya memberikan keselesaan kepada murid-murid kelas ini sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.


Usaha guru kelas tersebut perlu diberi pujian dan dijadikan contoh oleh semua guru-guru yang lain. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan bagi mengeratkan hubungan antara guru, ibubapa dan murid seterusnya dapat membina ukhuwah yang baik di kalangan mereka.













Latihan Merentas Desa 2018



TARIKH : 8 Januari 2018 (Isnin)
MASA : 2.30 ptg hingga 4.00 ptg
TEMPAT : Trek Merentas Desa

Latihan Merentas Desa tahun 2018 telah diadakan bermula 8 Januari 2018. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKB. Pada tahun ini seperti biasa, latihan merentas desa ini melibatkan murid-murid tingkatan 1 hingga 6 mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Panglima, Laksamana, Bendahara dan Temenggung.

Latihan merentas desa pada kali ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu latihan untuk murid lelaki dan perempuan. Latihan untuk murid lelaki adalah pada 9 dan 16 Januari 2018 manakala untuk murid perempuan 8 dan 15 Januari 2018.


     Aktiviti bermula pada jam 2.30 petang dengan aktiviti memanaskan badan. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing untuk melancarkan aktiviti latihan tersebut. Pada jam 3.00 petang, murid-murid dilepaskan untuk menjalani sesi latihan merentas desa. Latihan tersebut tamat pada pukul 4.00 petang. 









Taklimat Program Bimbingan dan Pementoran DTP 3.0



Rabu (10.1.2018) - Satu taklimat Program Bimbingan dan Pementoran DTP 3.0 telah diadakan pada 10.1.2018 (Rabu) dimulai jam 10.00 - 12.30 tghari. Taklimat tersebut diberikan kepada Tuan Pengetua, semua Guru Penolong Kanan dan semua Guru Kanan Matapelajaran SMK Benut bersama pegawai SIP+ (En Mohd Esa Bin Dasim) dan 11 org pegawai SiSC+ PPD pontian.


Taklimat program ini diadakan bertujuan untuk memberikan bimbingan kpd 15 guru terpilih dan  bimbingan berfokus kpd pelaksanaan kurikulum, pedagogi dan pelaksanaan pentaksiran. Perbincangan bersama 15 orang guru terpilih akan dilaksanakan pada Hari Khamis 18/1/2018

Di akhir program, Pegawai SIP+ menyerahkan fail maklumat berkaitan Program Bimbingan dan Pementoran kpd  Tn Pengetua, Pn Hjh Rohani Binti A.Manaf. Semoga program ini akan memberi manfaat dan kebaikan kepada seluruh warga SMK Benut.







Sunday, January 7, 2018

Hari Pertama Persekolahan SMK Benut 2018


1 Januari 2018 (Isnin)- Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2018. Seawal pagi lagi para ibu bapa menghantar anak- anak memenuhi perkarangan sekolah. Murid-murid juga kelihatan bersemangat ditambah dengan pakaian sekolah yang baharu. Semoga semuanya berjalan lancar dan tahun ini SMK Benut akan bertambah cemerlang.


Saturday, December 30, 2017

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 1/2018

27 - 28 Disember 2017: Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 1/2018 telah dijalankan selama 2 hari di Bilik Mesyuarat SMKB. 
  • 27 Disember 2017 : Mesyuarat Guru & Mesyuarat Pengurusan Kurikulum
  • 28 Disember 2017 : Mesyuarat Pengurusan HEM & Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum
Antara intipati mesyuarat pengurusan kali ini adalah berkaitan sasaran atau KPI yang perlu dicapai pada tahun 2018. Semua guru seharusnya memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diamanahkan bagi menjamin SMKB akan terus cemerlang sama ada dalam bidang Kurikulum, Sahsiah ataupun Kokurikulum. "SMKB We Are The Best"