Tuesday, June 11, 2019

PROGRAM IFTAR JAMAIE/BERBUKA PUASA SMK. BENUT TAHUN 2019

TARIKH : 22 MEI 2019 (RABU)
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut


22 Mei 2019(RABU) : Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, SMK Benut telah melaksanakan program Iftar Jamaie,bertempat di Dewan Baiduri. Majlis bermula pada jam 6:00 petang dengan kehadiran para jemputan, guru-guru dan murid-murid serta warga sekolah. 

Sebelum majlis berbuka puasa, para hadirin bersama-sama mengikuti aktiviti Khatam Al-Quran. Selepas itu, apabila masuk waktu maghrib, para hadirin berbuka puasa yang telah disediakan dan bergerak ke dewan untuk solat maghrib secara berjemaah. Seterusnya para hadiri menikmati hidangan dan juadah yang disediakan diikuti dengan solat isyak dan solat terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh   Ustaz HJ. Mohd Fauzi Bin Mohd Amin.


Terima kasih  dan tahniah kepada semua guru dan murid –murid yang hadir dalam menjayakan majlis ini semoga sempena bulan Ramadhan  ini dapat memberikan seribu makna kepada kita semua.














































BE THE BEST, DO THE BEST, WE ARE THE BEST.....

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMK BENUT TAHUN 2019

TARIKH : 23 MEI 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut



Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadhan  2019  telah diadakan dengan jayanya pada 23 MEI 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin dan diteruskan bacaan oleh para pelajar yang menyertai. Selepas majlis tersebut selesai, majlis pada hari tersebut diteruskan dengan penyampaian sumbangan raya kepada para pelajar SMK Benut.

Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan sambutan Khatam Al-Quran bagi tahun ini. Diharap sambutan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.





Saturday, May 4, 2019

MAJLIS PERSARAAN AKP SMK BENUT

Tarikh : 30 April 2019 (Selasa)
Masa : 2.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Baiduri, SMK Benut
Tema Pakaian : " Yellow "


Majlis persaraan dua orang AKP SMK BENUT iaitu En Ibrahim bin Samani dan En Amat Nordin Bin Ibrahim selaku Pembantu Operasi di SMK Benut telah disambut meriah baru-baru ini di Dewan Baiduri SMK Benut. 

Hari penuh bersejarah ini telah diraikan oleh para guru SMK Benut dan para AKP yang lain. Dalam majlis tersebut, kedua-dua pembantu operasi yang bersara ini diberi peluang untuk memberi ucapan sepatah dua kata sebagai amanat terakhir sebelum meninggalkan dunia pekerjaan. Majlis tambah berseri nyanyian oleh wakil AKP dan wakil guru yang begitu menghiburkan hati serta penyampaian hadiah kepada kedua-dua AKP tersebut. 






 

 

 



 




















SAMBUTAN HARI GURU SMK BENUT TAHUN 2019

Tarikh : 29 April 2019 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Baiduri, SMK Benut
Tema Hari Guru 2019 : “Guru Pembina Negara Bangsa”
Tema Pakaian : " Pakaian Orang Lama/ / Zaman Dahulu "


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan penuh meriah. Sambutan ini bertujuan untuk meraikan para guru yang telah banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan ilmu demi mendidik anak bangsa. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah " GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI ". Majlis ini telah diterajui oleh semua guru dan AKP sekolah. Sempena sambutan hari guru ini pelbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan menghargai warga pendidik SMK Benut.