Tuesday, October 21, 2008

Tahniah SMK Benut



12 - 15 Okt 2008 – Seramai 4 orang pelajar SMK Benut telah terpilih mewakili Negeri Johor bersama beberapa pelajar lain seluruh negeri ke KEM SENI VISUAL 2008 di Pasir Putih, Kelantan. Ianya merupakan Kem Seni Visual yang ke-2 selepas di Johor Bahru pada tahun lalu. Kem tersebut telah menganjurkan beberapa pertandingan seperti catan, batik, ukiran, cetakan saring dan reka bentuk industri.

Pelajar SMK Benut iaitu Zuratun Nisa’ Binti Rohani (6 Al Jabbar) telah mendapat Johan dalam pertandingan reka bentuk Industri, manakala 2 pelajar lain iaitu Mohamad Razif Bin Abd. Razak (6 Al Jabbar) dan Nurain Nafisah Binti Naspan (4 Al Farabi) mendapat saguhati dalam pertandingan catan.Guru Pengiring ialah cikgu Isa Bin Ab. Hamid yang juga mewakili kontijen Negeri Johor.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda.






Monday, October 13, 2008

Selamat Menjawab Peperiksaan PMR 2008


13 Oktober
– Majlis Restu Pelajar Tingkatan Tiga Bersama Ibu Bapa Penjaga. Pengetua SMK Benut, Encik Hasnan Bin Jaffar sekali menyampaikan amanat supaya para pelajar dapat menjawab soalan dengan baik dan mencapai kecemerlangan, dan sentiasa hadir dalam peperiksaan mengikut jadual serta berdisiplin perlu diutamakan.

Para pelajar yang ibu bapa atau penjaga hadir pada hari itu, bersalaman sambil memohon restu ibu bapa penjaga sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaan.

Warga SMK Benut, mendoakan kejayaan cemerlang kepada para pelajar Tingkatan Tiga. Selamat menjawab peperiksaan. Insyaallah.



Friday, October 10, 2008

Majlis Restu Ilmu PMR 2008


10 Oktober – Majlis Restu Ilmu PMR 2008 kepada para pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR bermula 13 Oktober sehingga 17 Oktober telah diadakan di Dataran Baiduri, SMK Benut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Tuan Pengetua, SMK Benut).

Program ini diadakan bertujuan supaya para pelajar jelas dalam minda bahawa para guru redha dan ikhlas dalam mencurahkan segala ilmu yang baik demi mencapai prestasi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Majlis ini dianjurkan bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat meningkatkan lagi semangat juang dan keyakinan para pelajar semasa menghadapi peperiksaan PMR dan terutamanya semasa menjawab soalan yang dikemukakan nanti.

Pada majlis itu juga, diadakan penyampaian alat tulis dan slip peperiksaan kepada para pelajar. Warga SMK Benut mendoakan kejayaan cemerlang dan selamat menjawab. Insyaallah.



Wednesday, October 8, 2008

Bacaan Amanat Tuan Pengarah JPN Johor


8 Oktober 2008
– Majlis Pembacaan Surat Amanat daripada Tuan Haji Sufa’at Bin Tumin (Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor) telah diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis tersebut telah diadakan semasa waktu perhimpunan pagi kepada para pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada 13 Oktober sehingga 17 Oktober 2008. Turut serta pada majlis tersebut ialah Guru Penolong Kanan Satu, Guru-guru Kanan mata pelajaran, guru-guru yang mengajar tingkatan tiga serta para pelajar Tingkatan Dua.

Amanat tersebut telah dibaca secara beramai-ramai dengan diketuai oleh wakil pelajar Tingkatan Tiga iaitu Saudara Mohd Norazahar Bin Saini (pelajar 3 Ibnu Sina). Pada majlis tersebut pemberian saguhati telah diberikan kepada 10 orang pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan percubaan PMR serta telah menunjukkan peningkatan prestasi yang amat baik. Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Satu) telah sudi menyampaikan pemberian saguhati tersebut.

Warga pendidik dan pelajar SMK Benut mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada para pelajar Tingkatan Tiga semoga dapat menjawab soalan dengan mudah, tenang dan kesihatan yang baik seterusnya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Insyaallah.

Monday, September 15, 2008

Kelahiran Bayi Lelaki di SMK Benut


15 SEPTEMBER 2008
– Pada pukul 9.45 pagi, seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan di bilik Rawatan SMK Benut. Bayi tersebut merupakan anak kedua kepada Puan Nur Hayati Binti Bachok. Bayi lelaki ini telah disambut kelahirannya oleh Puan Halijah Binti Ismaila dengan dibantu beberapa orang guru perempuan SMK Benut sebelum ketibaan bantuan pembantu perubatan dari Pusat Kesihatan Benut. Bersyukur kedua-duanya selamat selepas bantuan perubatan diterima. Kelahiran bayi ini di SMK Benut merupakan sejarah yang pertama kali di sekolah ini selama ianya ditubuhkan. Warga SMK Benut mengucapkan tahniah kepada keluarga Puan Nur Hayati Binti Bachok dan mendoakan kesejahteraan sepanjang hayat.


Saturday, August 30, 2008

Kenali Anak Merdeka SMK Benut


Warga SMK Benut, mengucapkan syabas dan selamat ulang tahun kepada anak merdeka SMK Benut yang menyambut kelahirannya pada 31 Ogos tahun ini. Kami mendoakan semoga panjang umur, murah rezeki dan ceria selalu dalam segala yang dilakukan. Selamat Hari Lahir.

MOHAMAD NOR ADIKAH BIN ANDANI

5 AL BIRUNI

910831-01-5477

69 KG PARIT MAKUASENG
82200 BENUT, PONTIAN, JOHOR.

MOHD NUR AFIEQ BIN SUHAIMI

1 AL FARABI

950831-01-5537

PARIT PANGGONG, JLN BELAKANG SEKOLAH SANGLANG,

82100 PONTIAN, JOHOR


MOHD IZUDIN BIN MOHD SALLEH

1 IBNU RUSYD

950831-01-5545

KG. TAMPOK LAPIS
82200 BENUT, PONTIAN, JOHOR.

ONG YING HOCK

1 RK (IBNU SINA)

950831-01-5027

NO.92, PARIT MASTAR,
82200 BENUT, PONTIAN, JOHOR.

SITI NOORHAFIZAH BINTI M NASIR

5 AL KINDI

910831-01-6218

KAMPUNG BUMIPUTERA DALAM,
83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.