Thursday, August 19, 2010

Program Tadarus, Berbuka Puasa dan Tarawih Bersama Pengarah JPNJ


18 Ogos 2010 – Program Tadarus, Berbuka Puasa, Solat Tarawih serta Moreh telah berjaya diadakan pada hari ini di Asrama (Asli) SMK Benut bersama-sama Tuan Haji Sufaat bin Tumin (Pengarah Pelajaran Negeri Johor) dan turut hadir Encik Abd Rahim bin Lamin (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian), Encik Hasnan bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, Pengetua-pengetua Daerah Pontian, PIBG, Tuk-Tuk Batin dan warga pendidik SMK Benut dengan para pelajar asrama.

Program yang bermatlamat untuk mengimarahkan bulan Ramadan, mengeratkan hubungan silaturahim antara asrama dan tetamu khas dari Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dan mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan SMK Benut dengan pihak pengurusan Asrama (Asli) SMK Benut.

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan cemerlang. Semoga para pelajar asrama terutamanya dapat mengukuhkan disiplin keimanan diri.













































Monday, August 16, 2010

Hadiah Bulan Ramadan Kepada Pelajar SMK Benut daripada SKMM


16 Ogos 2010
– Seramai 594 orang pelajar dari Tingkatan 1, 3, 4 dan 5 telah bertuah dan berjaya terpilih oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan menerima sebuah komputer (notebook) percuma 1Malaysia melalui inisiatif Jalur Lebar Negara di bawah program satu keluarga satu komputer yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia) bagi keluarga yang berpendapatan rendah di bawah RM3,000 sebulan.

Senarai nama penerima telah diumumkan oleh kakitangan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Pematang Sepam dan Sg. Pinggan sebagai wakil SKMM pada pagi ini. Para pelajar yang terlibat telah diberikan taklimat berkaitan syarat penerimaan dan cara mengisi borang penerimaan dan seterusnya menyerahkan borang tersebut dengan maklumat yang lengkap.

Penyerahan komputer ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian) pada hari Khamis, 19 Ogos 2010 di Dewan Baiduri SMK Benut bermula jam 8.00 pagi.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang terpilih dan menggunakan komputer dengan sebaik mungkin dan menjadikannya sebagai alat teknologi mencari maklumat berkaitan pelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan dalam akademik.