Monday, February 28, 2011

Tahniah Pelajar STPM 2010



Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas kepada ERNA LINA BINTI TUMADI (Pra U2 – Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Pengajian Perniagaan) yang berjaya dengan CEMERLANG dalam peperiksaan STPM 2010 dengan mencapai PNGK 3.92 keseluruhan. 

SMK Benut turut memperoleh peratus lulus keseluruhan, iaitu 97.85 dengan Gred Purata Sekolah 2.58 peratus yang meningkat sebanyak 0.20 peratus berbanding pencapaian STPM 2009. Tahniah kepada para pelajar yang beroleh kecemerlangan dan kepada tenaga pengajar yang meneruskan peningkatan kecemerlangan pelajar SMK Benut.



Wednesday, February 23, 2011

Perasmian Bangunan Asrama (Asli) SMK Benut, Pontian, Johor


22 Februari 2011 – Majlis Perasmian Bangunan Baru Asrama (Asli), SMK Benut, Pontian, Johor telah berjaya dirasmikan oleh Tuan Haji Markom Bin Giran (Pengarah Pelajaran Johor) pada hari ini di Dewan Makan, Asrama (Asli), SMK Benut. Turut hadir pada majlis itu, Encik Ab Rahim Bin Lamin (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian), Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut), serta Pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Pengarah JHEOA negeri Johor, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah Pontian. Ibu bapa para pelajar asrama (Asli) turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Pada majlis itu, perasmi telah sudi menandatangani sebagai tanda perasmian di depan pejabat pentadbiran Asrama (Asli). Seterusnya, beliau telah sudi menanam pokok Kemuning sebagai tanda perasmian bangunan Asrama (Asli), SMK Benut. Tuan Pengetua SMK Benut turut menanam pokok tersebut.

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Asrama (Asli) turut disempurnakan oleh Tuan Perasmi. Tahniah kepada para penerima anugerah.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dengan jayanya. 




















 

Monday, February 21, 2011

Tahniah Peserta Merentas Desa ke Peringkat Daerah


Pada 27 Januari 2011, seramai 12 orang pelajar telah menyertai pertandingan Merentas Desa peringkat Daerah Pontian yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong. Kejayaan cemerlang telah diperoleh dalam pertandingan tersebut. Berikut keputusannya :


BIL
NAMA PELAJAR
KEDUDUKAN
KATEGORI
1
ONG YING HOCK (4 IBNU SINA)
KEEMPAT
L18
2
CHUA CHEN YU
KETIGA
L15
3
KOO YONG TAT (3 AL KINDI)
KE-15
L15

Tahniah kepada Ong Ying Hock dan Chua Chen Yu berjaya terpilih ke peringkat negeri Johor. Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang ini.

Saturday, February 19, 2011

Ceramah Keselamatan dan Undang-Undang Jalan Raya


19 Februari 2011
– Ceramah Keselamatan dan Undang-undang Jalan raya telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut. Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid telah mengundang penceramah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian (IPD) untuk menjayakan majlis ini, iaitu Sarjan Mejar Muhammad Bin Hashim (Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Pontian) dan Sarjan Arnila Binti Johari (Pegawai IPD Pontian – Unit Cawangan Trafik).

Objektif program ini diadakan bagi meningkatkan disiplin pelajar terutama semasa di jalan raya serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Pelajar yang terlibat dalam program ini ialah semua pelajar tingkatan satu, dua, tiga dan empat. Semoga segala ilmu yang diterima daripada ceramah ini dapat diaplikasikan dalam diri dan meningkatkan aspek keselamatan diri terutama di jalan raya.

Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih atas kerjasama tuan penceramah yang diundang.

















Tuesday, February 15, 2011

Perubahan Masa Jadual Waktu


Perhatian kepada semua pelajar SMK Benut, perubahan masa belajar pada hari Khamis (17 Februari 2011) dan Isnin (21 Februari 2011). Perubahan ini disebabkan pertandingan Pra Kejohanan SMK Benut yang diadakan pada sebelah petang dapat berjalan dengan lancar. Berikut perubahan jadual waktu tersebut :

Waktu
Tingkatan 1, 3, dan 5

Waktu
Tingkatan 2, 4, dan PraUniversiti
1
7.30 – 8.05

1
7.30 – 8.05
2
8.05 – 8.45

2
8.05 – 8.45
3
8.45 – 9.25

3
8.45 – 9.25
4
9.25 – 10.05

4
9.25 – 10.05
REHAT
10.05 – 10.25

5
10.05 – 10.35
5
10.25 – 11.05

REHAT
10.35 – 11.05
6
11.05 – 11.35

6
11.05 – 11.35
7
11.35 – 12.05

7
11.35 – 12.05
8
12.05 – 12.35

8
12.05 – 12.35
9
12.35 – 1.05

9
12.35 – 1.05
10
1.05 – 1.40

10
1.05 – 1.40