Wednesday, April 27, 2011

Motivasi Pelajar Pra Universiti Senior Siri Pertama


Pada 20 April 2011 (Rabu), Program Motivasi Pelajar Pra Universiti Senior Siri Pertama telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula 8.35 pagi sehingga 10.50 pagi. Pihak pengurusan dan pentadbiran Pra Universiti telah mengundang Tuan Haji Ismail Bin Rosli (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian).

Tuan Penceramah telah memberikan ceramah berkaitan keistimewaan Tingkatan Enam untuk masuk ke IPTA. Beliau telah menceritakan pengalaman semasa berada di Tingkatan Enam untuk menjadi yang serba boleh. Beliau juga menyarankan supaya menjadi seorang yang terbaik dalam kalangan pelajar lain tidak kira datang daripada keluarga yang senang mahupun yang susah. Bagi beliau yang terpenting ialah solat jangan ditinggalkan.

Encik Anishak Bin Ahmad selaku Guru Kaunselor pelajar Pra Universiti merakamkan ucapan terima kasih kerana kesudian Tuan Haji Ismail Bin Rosli yang dapat melapangkan masa untuk memberikan ceramah.









Laporan telah disediakan oleh ~ MUHAMMAD HADI BIN ASMUNI (Pelajar PraUniversiti) 

Thursday, April 14, 2011

Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Tahun 2011



14 April 2011 – Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Tahun 2011 telah berjaya diadakan di SMK Benut selama dua hari yang bermula pada 12 April 2011 dan berakhir pada 13 April 2011. SMK Benut telah diberi tanggungjawab oleh Jawatankuasa Panitia Bahasa Daerah Pontian untuk mengelolakan pertandingan ini.

Pesta Pantun ini diadakan dengan objektif untuk memupuk cara pemikiran bersusila dan menanamkan rasa kecintaan terhadap budaya berpantun. Selain itu, mencungkil bakat-bakat muda dalam kalangan pelajar sekolah serta mengekalkan tradisi warisan budaya Melayu terutama puisi tradisional.

Sebanyak 9 buah sekolah menengah daripada 14 buah sekolah menengah di daerah Pontian telah menyertai pertandingan ini, iaitu SMK Benut, SMK Sri Tanjung, SMK Ayer Baloi, SMK Kayu Ara Pasong, SMK Telok Kerang, SMK Sri Kukup, SMK Pekan Nanas, dan SMA (Arab) An Nur. Sebanyak 4 pusingan para peserta pantun perlu lalui dengan tema yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola, iaitu tema menghormati ibu bapa (pusingan pertama), tema bebas (pusingan kedua), tema membaca (pusingan ketiga) dan tema bebas (pusingan tambahan bagi pemantun keempat).

Majlis Perasmian Penutupan Pesta Pantun telah dirasmikan oleh Encik Abdul Ghani bin Jaafar (Penyelia Kokurikulum, PPD Pontian) mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Turut hadir pada majlis tersebut Encik Abdul Rahman (GPK HEM, SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman) mewakili Pengerusi Jawatankuasa Panitia Bahasa Daerah Pontian. Turut sama pada majlis tersebut Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut), Encik Mohd Esa Bin Dasim (Guru Penolong Kanan HEM, SMK Benut) dan Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Bahasa, SMK Benut). Para tetamu jemputan telah dapat mengikuti pertandingan akhir Pesta Pantun yang diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Pasukan yang berjaya ke peringkat akhir, iaitu SMK Seri Kukup dan SMK Seri Tanjung.

Keputusan rasmi pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Tahun 2011 seperti berikut :

SMK SRI KUKUP
JOHAN
SMK SRI TANJUNG
NAIB JOHAN
SMK KAYU ARA PASONG
KETIGA
SMK PEKAN NANAS
KEEMPAT

Pemantun Terbaik telah dinobatkan kepada AMIR ZAKIY BIN HAMZAH (SMK Sri Kukup).

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pesta Pantun ini. 
































Saturday, April 9, 2011

Hari Terbuka Sesi 1



8 April 2011 – Hari Terbuka Sesi 1 telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 7.30 pagi. Majlis dimulakan di Dewan Baiduri, SMK Benut dengan para ibu bapa dan pelajar tingkatan 3, 5 dan Pra Universiti mengikuti motivasi yang disampaikan oleh Tuan Haji Abd. Halek Bin A Rahman (Pak Anjang) dari Wowcoaching Consultant, Johor Bahru.

Sebelum itu, Puan Hajah Rohani binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut) telah menyampaikan ucapan berkenaan pencapaian keseluruhan Penilaian Menengah Rendah 2010 dan Sijil Pelajaran Malaysia 2010. Seterusnya, beliau turut menjelaskan program-program yang akan dilaksanakan dan diteruskan bagi peningkatan kecemerlangan akademik pada tahun ini. Beliau turut mengharapkan kerjasama dan pandangan daripada ibu bapa dalam peningkatan akademik pelajar.

Perjumpaan ibu bapa dan penjaga bersama guru mata pelajaran serta guru tingkatan diteruskan bagi membincangkan pencapaian headcount dan sasaran akademik bagi peperiksaan PMR, SPM, STPM dan peperiksaan akhir tahun 2011.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada ibu bapa penjaga serta Pak Anjang yang hadir pada hari ini. Semoga kerjasama seperti ini diteruskan demi kecemerlangan akademik SMK Benut.