Saturday, November 12, 2011

Anugerah Peminjam Terbanyak dan Anugerah Nilam 2011


11 November 2011 – Penyampaian Anugerah Peminjam Terbanyak dan Anugerah Nilam telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa perhimpunan khas. 

Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada para pemenang. Seramai 70 orang murid penerima Anugerah Peminjam Terbanyak, seramai 15 orang penerima Anugerah Nilam dan 2 orang guru menerima Anugerah Peminjam Terbanyak (Puan Haslinda Binti Abu Sari dan Cik Hafizah Binti Abdullah).

Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah dan semoga menjadi perangsang dan minat untuk menjadikan amalan membaca sebagai cara untuk meningkatkan untuk menimba ilmu.














Anugerah Khas Kehadiran Cemerlang Sesi Persekolahan 2011



11 November 2011 – Tahniah diucapkan kepada para murid yang hadir penuh ke sekolah sepanjang persekolahan tahun ini. Sebagai tanda penghargaan kepada mereka, pihak sekolah telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada mereka yang terlibat. Puan Asiah Binti Abd Aziz (Kaunselor Cemerlang) sentiasa memastikan program ini dilaksanakan setiap tahun sebelum cuti sekolah akhir tahun berakhir.

Majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata telah disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) pada perhimpunan pagi hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut.

Tahniah juga kepada mereka yang hadir penuh setiap tahun persekolahan terutama murid Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam yang setiap tahun majlis penyampaian sijil penghargaan ini diberikan pasti nama mereka akan tersenarai. Diharap penghargaan ini dapat memberikan semangat kepada semua murid untuk sifar ponteng ke sekolah.








Thursday, November 10, 2011

Duit Kocek SPM 2011


10 November 2011 – Majlis penyerahan dui kocek SPM telah berjaya diadakan pada hari ini dalam perjumpaa6yg n khas bersama-sama dengan seramai 27 orang murid yang terpilih, iaitu 20 orang murid Melayu dan 7 orang murid Cina.

Mereka yang terpilih terdiri daripada anak yatim piatu, keluarga yang kurang mampu dan meningkat dalam peperiksaan. Sumbangan duit kocek ini daripada tabung Dana Kebajikan Pelajar (DAKAP) dan tabung Dana Kebajikan Murid Cina.

Penyampaian duit kocek ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shamsuddin Bin Marin (Guru Kanan Sains dan Matematik, SMK Benut).

Puan Hajah Noryani Binti Nandar (Kaunselor SMK Benut) mengharapkan sumbangan ini dapat menyuntik semangat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Di samping itu, sumbangan ini dapat membantu dalam perbelanjaan harian ke sekolah. Walaupun sumbangan ini tidak seberapa namun ia perlulah dihargai. Selamat menduduki peperiksaan SPM tahun 2011 semoga kejayaan cemerlang milik anda.


























Wednesday, November 9, 2011

Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Restu Ilmu Tingkatan Lima



9 November 2011 – Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Restu Ilmu kepada murid-murid Tingkatan Lima telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 10.10 pagi  sehingga jam 1.50 petang. Majlis dihadiri oleh barisan pentadbir dan guru-guru yang mengajar Tingkatan Lima.

Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya acara memotong pulut kuning dan persembahan khas daripada murid-murid Tingkatan Lima. Sebelum itu, ucapan khas daripada wakil murid oleh Nurhidayah Binti Elias (5 Ibnu Khaldun) dan Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran).

Akhir sekali, Majlis Restu Ilmu diadakan dengan murid-murid memohon ampun dan maaf serta meminta restu untuk berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2011 daripada semua guru yang mengajar di Tingkatan Lima.

Warga SMK Benut mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan mendoakan kecemerlangan milik anda.