Wednesday, March 21, 2012

Perhimpunan Kokurikulum Kali Ketiga



21 MAC 2012 – Perjumpaan Khas Kokurikulum pada hari ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Uniform Pergerakan Puteri Islam (PPI). Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan nyanyian lagu PPI. Seterusnya, ikrar Rukun Negara dan Ikrar PPI. Persembahan khas PPI, iaitu mempersembahkan bacaan pantun 4 kerat.

Pada perjumpaan ini juga, penyampaian hadiah piala dan sijil kepada pelajar yang menyertai pertandingan perkampungan penulisan muda dan pertandingan petanque. Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan sijil dan piala.

















Tuesday, March 20, 2012

Lawatan Kerja Rasmi Tuan PPD Pontian



19 MAC 2012 – Perjumpaan Perhimpunan Mingguan Rasmi Minggu ke-11 pada hari ini di Dataran Baiduri begitu bertuah kerana telah menerima lawatan kerja rasmi Tuan Haji Msduki Bin Haji Shahri (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian).

Beliau telah sudi menyampaikan ucapan dan amanat khas kepada warga SMK Benut terutama para pelajar. Antara intipati ucapan beliau ialah meminta semua murid dan pelajar menanamkan niat untuk menimba ilmu pengetahuan yang merupakan suatu perkara wajib dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Di samping itu, memastikan akhlak, sahsiah dan disiplin diri perlu dipertingkatkan serta pencapaian akademik yang cemerlang untuk mendapat sijil yang terbaik dalam peperiksaan yang diduduki nanti. Akhir sekali, beliau meminta semua murid dan pelajar bekerjasama dalam setiap perkara dan menanamkan nilai perpaduan antara satu sama lain.

Selesai perjumpaan perhimpunan mingguan, beliau dengan diiringi Encik Zulnuraini Bin Rahmat @ Haji Zohdi (PK Kokurikulum) telah membuat lawatan rasmi di persekitaran kawasan sekolah, kelas-kelas dan bilik-bilik khas.

Warga SMK Benut merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Msduki Bin Haji Shahri (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian) atas lawatan kerja rasmi di SMK Benut.














Selamat Datang dan Selamat Menimba Ilmu Pendidikan



19 MAC 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan selamat datang dan selamat menimba ilmu serta pengalaman dalam bidang ilmu pendidikan kepada tiga orang guru praktikum dari Universiti Teknologi Malaysia yang memulakan praktikum hari ini selama tiga bulan.

Puan Hajah Azizah Binti Haji Omar (PK HEM, SMK Benut) telah memperkenalkan mereka kepada warga SMK Benut semasa Perhimpunan Mingguan kali ke-11 pada hari ini di Dataran Baiduri.


 ENCIK MOHAMAD FAQIH BIN JUNUS
(UTM - FIZIK)

 CIK NADIRAH FARHANA BINTI ABDUL GAFAR (UTM - KHB)
 CIK AZIZAH BINTI MOHD AJIS
(UTM - KHB)

Tahniah Panitia Bahasa Melayu dan Kesusasteraan SMK Benut



19 MAC 2012 – Tahniah dan syabas kepada Juliana Binti Tahir (1RK) dan Siti Aisyah Binti Zainal Abidin (2RK) pelajar SMK Benut yang telah menyertai Perkampungan Penulis Muda, Sekolah Daerah Pontian Sesi 2012 yang diadakan bertempat di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian pada 9 hingga 10 Mac 2012. Mereka telah berjaya memenangi pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu Daerah Pontian. Berikut keputusan rasmi kemenangan mereka.

Nama Murid
Kategori Pertandingan
Keputusan Pertandingan
JULIANA BINTI TAHIR (1RK)
Menulis Puisi
KEDUA
Mendeklamasikan Puisi
KETIGA
SITI AISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN (2RK)
Karya Terbaik Sajak
KELIMA


Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas sekali lagi.