Thursday, May 2, 2013

KEM TAHUNA PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA PERINGKAT NEGERI

1 Mei 2013 SMK Benut

13 hingga 18 April yang lepas telah dianjurkan satu Kem Tahunan PKBM Peringkat negeri di 5 RAMD, Kem Batu 3, Jln Mersing, Kluang. Seramai 13 pelajar SMK Benut telah mewakili PKBM Sekolah di kem tersebut.

Terdapat 3 pertandingan yang disertai oleh pelajar SMK Benut yang mewakili unit Rej 501 AW. Antara acara yang disertai ialah merempuh halangan, pandu arah dan mendmbak. Pencapaian terbaik pelajar SMK Benut ialah dalam acara menembak piring berpasukan yang diwakili oleh Mohd Danish bin Hasdura.


PERKHEMAHAN UNIT KOKURIKULUM DI KOLAM AIR PANAS GERSIK MUAR

2 Mei 2013 SMK Benut,


Pada 22 hingga 25 Mac 2013 Unit Kokurikulum SMK Benut telah menjayakan satu perkhemahan kokurikulum di Kolam Air Panas Gersik Muar. Peserta perkhemahan ini adalah daripada pelbagai unit uniform sekolah. Setiap unit diwakili 10 orang pelajar.

Program ini telah dijayakan oleh guru-guru pengiring yang terlibat. Kem komandan adalah En Mohd Abd Raof bin Tumiran dan dibantu oleh guru-guru dan pelajar Tingkatan 6 sebagai fasilitator

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti kerohanian iaitu kuliah magrib dan kuliah subuh. Aktiviti lain ialah berkayak,bdrakit, ikhtiar hidup, orientering ddan malam kebudayaan


Berikut adalah senario perkhemahan,

Friday, March 22, 2013

SMK BENUT MENDAPAT TEMPAT KEEMPAT OLAHRAGA MSSM DAERAH PONTIAN

21 Mac 2013

SMK Benut telah menyertai Kejohanan Olahraga Daerah Pontian Kali ke 46 pada 18 hingga 21 Mac 2012 dengan keputusan yang membanggakan. SMKB telah meraih 5 emas 7 perak dan 8 gangsa meletakkan SMKB di tangga keempat keseluruhan dari 15 sekolah Daerah Pontian yang bertanding.

SMKB telah menghantar serami 50 atlit bagi menggalas harapan sekolah. Pada tahun sebelumnya SMKB hanya menduduki tangga keenam keseluruhan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para atlit yang telah berjuang demi sekolah tidak lupa juga kepada semua guru-guru merangkap jurulatih dan pengurus pasukan yang diterajui oleh En Abd khalil b Mohd Masri sebagai ketua jurulatih dan En Ismail bin Ahmad sebagai pengurus pasukan.

Sekali lagi tahniah diucapkan.

MAJULAH SUKAN UNTUK SMKB

Wednesday, March 13, 2013

PERTANDINGAN BADMINTON MSSM PERINGKAT DAERAH PONTIAN

6 Mac 2013, SMK Benut

SMK Benut telah berjaya mengelola pertandingan Badminton Daerah Pontian 2013. Pertandingn dijalankan selama 3 hari bermula 6,7 dan 8 mac. Pertandingan telah diadakan di dewan Majlis Daerah,Benut dan Dewan SMK Benut

Seramai 14 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut

Hanya kategori perseorangan bagi setiap kategori lelaki 18,15 dan 12, perempuan 18, 15 dan 12 dipertandingkan.

SMK Benut telah mencapai beberapa kemenangan antaranya;

Johan Lelaki 18
Johan Lelaki 15
Johan Perempuan 15
N.Johan Lelaki 15
N.Johan perempuan 15
Ke 4 lelaki 15

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Benut

SUKAN MEMBENTUK GENERASI SIHAT

Saturday, March 2, 2013

LATIHAN KEBAKARAN

1 Mac 2013, SMK Benut.

Satu loceng panjang telah dibunyikan...
Satu aktiviti latihan kebakaran telah diadakan di sekolah oleh jawatankuasa keselamatan pelajar yang dikelola oleh
En Abd Khalil bin Masri. Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar dan mendedahkan kepada pelajar tentang situasi sebenar jika kebakaran berlaku

Pelajar2 dikumpulkan di padang mengikut tingkatan dan guru tingkatan akan mengambil kedatangan semasa kebakaran dan membuat laporan bagi memastkan semua pelajar telah selamat berada dikawasan yang telah ditetapkan.






Thursday, February 21, 2013

HARI SUKANTARA SEKOLAH 2013

19 FEBRUARI 2013, SMK BENUT

Pada 19 Februari bersamaan hari selasa, SMK Benut telah menjayakan satu aktiviti sukantara peringkat sekolah yang disertai oleh semua pelajar mengikut rumah sukan masing-masing.

Antara acara yang dipertandingkan ialah acara 100 M, 400 M, lompat jauh dan lontar peluru.

Aktiviti berlangsung selama 2 hari iaitu hari Selasa dan hari Khamis. Aktiviti dijalankan Pada Sebelah petang bermula Jam 2.30 petang.

Wednesday, February 20, 2013

KEMASKINI MAKLUMAT SAPS SESI 2013

Perhatian kepada Semua guru yang mengajar tingkatan 3,4,dan 5 sila kemaskini maklumat matapelajaran (daftar matapelajaran 2013) ,maklumat pelajar (jika ada kesalahan) dan maklumat lain yang berkaitan.

Perhatian kepada guru kelas sila pastikan setiap pelajar anda telah diisikan no.ic@surat beranak. Urusan mengemaskini pelajar perlu dilakukan pada sistem APDM online.