Thursday, September 18, 2014
Program Teknik Menjawab PT3
18 Sept 2014: Ceramah Teknik Menjawab PT3 telah dijalankan sepanjang cuti pertengahan semester ke-2 ini bagi memastikan kecemerlangan anak-anak pelajar tingkatan 3.
Untuk mata pelajaran matematik, pihak pengurusan sekolah telah menjemput penceramah yang hebat dari SMK Ayer Baloi iaitu En. Mohd Salleh Bin Asmoni yang merupakan seorang Guru Cemerlang Matematik.
Sepanjang ceramah yang diberikan, murid-murid begitu teruja dengan beberapa tip yang diberikan oleh penceramah. Semoga dengan adanya program sebegini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan seterusnya dapat memartabatkan nama baik sekolah.
Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. "We Are The Best"
Thursday, September 11, 2014
Kem Sukan Sekolah (KSS) 1 Murid 1 Sukan SMK Benut
20 ogos 2014: SMK Benut telah menjalankan kem sukan di bawah dasar 1 murid 1 sukan. Berbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebagaimana yang diutarakan oleh Perdana Menteri kita, Datok Seri Najib Bin Tun Abdul Razak 1 murid 1 sukan amat bermakna dalam memupuk semangat perpaduan kaum antara murid. Sememangnya gagasan 1 Murid 1 Sukan memberi nafas baru kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti sukan yang diminati oleh mereka bagi setiap individu. Semoga konsep 1 Murid 1 Sukan dapat dihayati oleh semua murid supaya semua murid peka terhadap bakat yang mereka ada. Oleh itu, kita perlu bersinergi untuk mengasah bakat murid-murid yang dianugerahkan oleh Allah untuk menajamkan bakat yang sedia ada. Bak kata pepatah, belakang parang lagi diasah akan tajam jua. Sekiranya, murid-murid dapat memahami konsep 1 Murid 1 Sukan, maka negara Malaysia akan menjadi negara yang dipandang tinggi oleh negara lain.
Terimakasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjalankan program ini. Semoga SMK Benut terus sukses. We Are The Best.
Terimakasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjalankan program ini. Semoga SMK Benut terus sukses. We Are The Best.
Monday, September 8, 2014
Tahniah!! SMK Benut Mencapai Taraf 5 Bintang Dalam Penarafan SPSK
8 September 2014: SMK Benut telah didatangi oleh 3 orang verifikator yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pendidikan Pontian En. Nazarali Bin Ali. Bersama-sama dengan beliau ialah En. Mohd Shaphri Bin Mohd Yusof (GPK Pentadbiran SMK Dato' Penggawa Barat) dan Cik Mahida (GPK Pentadbiran SMK Dato' Ali Hj. Ahmad).
Sepanjang penilaian yang dilakukan, semua verifikator berpuashati dengan dokumen-dokumen yang disediakan dan mencapai standard yang digariskan dalam SPSK.
Tahniah kepada SMK Benut kerana mencapai sasaran dengan skor 97.9. Semoga usaha dan kerjasama dari semua guru akan terus dipertingkatkan lagi. "We Are The Best".
Tuesday, September 2, 2014
Selamat Menjalani Peperiksaan Percubaan SPM 2014
Seramai 175 calon SPM 2014 sedang menjalani peperiksaan Percubaan SPM. Berdasarkan data peperiksaan, sasaran ETR kali ini ialah GPS 4.0 berbanding dapatan data SPM 2013 dengan GPS 5.17. Semoga semua calon bersedia menghadapi dan seterusnya menyahut cabaran. Kami warga SMKB mendoakan kejayaan anda. "We Are The Best"
Friday, August 29, 2014
Bahang Kehangatan "Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"
Bahang Kehangatan "Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" cukup dirasai oleh seluruh warga SMK Benut dengan pemasangan Jalur Gemilang dan poster-poster hampir di semua sudut bangunan dan laluan masuk sekolah.
Terima kasih kepada jawatankuasa bulan kemerdekaan yang bertungkus lumus menyedia dan menggerakkan ahli-ahlinnya sehingga SMK Benut dapat diceriakan dengan tema Hari Kemerdekaan Kali ke-57.
"Masih Ada Yang Sayang" Bersama Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
20 Ogos 2014: Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh seorang pendakwah dan penceramah terkenal telah dijemput khas bagi mengisi program motivasi pelajar SPM dan PT3 bersama ibu, bapa dan penjaga. Antara objektif program ini ialah membangkitkan semangat pelajar tentang pengorbanan ibu dan ayah dalam mendidik anak mereka dan merasakan tanggungjawab mereka untuk mencapai kejayaan.
Stelah selesai motivasai bersama pelajar dan ibu bapa, beliau dijemput untuk terus bersama guru dalam slot LADAP bersama guru pada sebelah petangnya. Sesungguhnya banyak ilmu dan pengajaran dapat dimanfaatkan semoga semua kerja dan rutin kehidupan kita menjadi ibadah. Amin...
(klik di sini untuk melihat gambar-gambar seterusnya)
(klik di sini untuk melihat gambar-gambar seterusnya)


























