Saturday, April 11, 2015

Program Sahsiah Diri & Kecemerlangan Pelajar Asli Asrama SMKB 2015

11 April 2015: Seramai 62 orang peserta telah menyertai Program Sahsiah Diri & Kecemerlangan Pelajar Asli Asrama SMKB 2015 yang dijalankan pada 10 - 11 April 2015. Program ini telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan SMK Benut.

Antara objektif program ini dianjurkan ialah:
  1. Mengenalpasti dan menyediakan keseluruhan aspek kendiri ke arah pembangunan, peningkatan dan kecemerlangan diri.
  2. Memberikan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab individu kepada keluarga, masyarakat dan negara.
  3. Membentuk generasi yang bermotivasi dan komited dalam meningkatkan kualiti kecemerlangan diri.
  4. Membina tahap keyakinan yang tinggi dan dapat membentuk semangat berpasukan yang mantap dan penyayang.
Penutupan rasmi kursus ini telah disempurnakan sendiri oleh Pegawai JAKOA En. Mohamad Ali Bin Sabilan.

Kursus Motivasi Pelajar Tingkatan 6 Tahun 2015

12 April 2015: Satu kursus pelajar tingkatan 6 SMKB telah dijalankan di Biocafe Resort Pontian. Antara objektif kursus ini adalah bagi menyediakan dan meyakinkan diri sebelum melanjutkan pembelajaran diperingkat lebih tinggi samada di IPTA mahupun IPTS.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Perkhemahan Lencana Juragan Laut Wilayah Selatan 2015


10 April 2015: Sekumpulan Pasukan Pengakap SMKB telah menyertai Perkhemahan Lencana Juragan Laut Wilayah Selatan di Tanjung Pelepas Gelang Patah. Kesemua peserta telah disaring diperingkat sekolah sebelum meneyertai program ini.

Tahniah kepada peserta yang terpilih, semoga dengan penyertaan aktiviti sebegini akan menambahkan lagi keyakinan diri dan terus aktif dalam aktiviti kokurikulum. Tahniah juga kepada guru-guru penasihat pengakap atas usaha yang cemerlang ini. SMKB, We Are The Best

Thursday, April 9, 2015

TAHNIAH !! Tempat Ke-7 Cabaran Interaktif Pengguna Negeri Johor 2015

9 April 2015: SMKB telah menghantar pasukan daripada Kelab Pengguna seramai 4 orang pelajar bagi Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Negeri Johor. Cabaran ini telah dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Cabaran Interakftif Pengguna merupakan program tahunan anjuran Kemententerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Objektif program ini adalah untuk mendidik, menyebarluas program/ aktiviti kepenggunaan dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan di kalangan pelajar melalui pendekatan baharu yang bersepadu. Selain itu dapat memantapkan perlaksanaan program/aktiviti kepenggunaan dengan focus utama berkaitan kepenggunaan iaitu pengurusan kewangan berhemat, pemakanan sihat dan pemeliharaan alam sekitar.
 
Dalam cabaran ini, SMKB telah berjaya meraih tempat ke-7 daripada kelab-kelab Pengguna seluruh sekolah menengah negeri Johor. Tahniah diucapkan kepada peserta dan guru-guru penasihat Kelab Pengguna SMKB.

Selamat Bertugas Di Tempat Baru

9 April 2015: SMKB akan kehilangan 2 orang guru yang terpaksa berhijrah ke tempat baru. Pn Norkamaria akan bertugas di SMK Pekan Nanas dan Pn. Nurul Asyikin pula akan ke SMK Dato' Ali Hj. Ahmad. Kedua-dua mereka telah melapor diri pada 8 April dan mula bertugas secara rasmi pada 12 April nanti.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan mereka berdua selama berada di SMKB. Semoga mereka akan terus cemerlang di tempat baru. Terima Kasih Cikgu.

TAHNIAH !! JOHAN Scrable Kumpulan Menengah Rendah Daerah Pontian 2015

9 April 2015: SMK Benut telah menjuarai sebagai JOHAN Scrable Kumpulan Menengah Rendah Daerah Pontian 2015. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman.

Tahniah diucapkan kepada pasukan scrable SMKB. Semoga SMKB akan terus hebat di masa-masa akan datang. "SMKB, We Are The Best"

TAHNIAH !! Johan & Naib Johan Catur MSSD 2015

7 April 2015: Pertandingan Catur MSSD Pontian telah diadakan pada 5  hingga 7 April 2015. Seramai 16 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini yang dianjurkan oleh SMA Bugisiah. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan. Pertandingan melibatkan kategori Lelaki Bawah 15, Lelaki Bawah 18, Perempuan Bawah 15 dan juga Perempuan Bawah 18.

Pada kejohanan kali ini SMKB telah dinobatkan sebagai Johan dan Naib Johan Kategori Lelaki 18 tahun. Sementara itu bagi kategori Perempuan  15 tahun pula SMKB berjaya mendapat tempat ke-6.

Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru terlibat yang telah mengharumkan nama SMKB. 
SMKB, We Are The Best.