Sunday, June 26, 2016

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 

SMK BENUT


19-21 Mei 2016 : Seramai 90 orang pelajar Smk Benut yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 5 telah menyertai program ini. Perkhemahan ini telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UTM). Antara objektif program ini adalah untuk memberikan motivasi dan keyakinan diri pelajar serta mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan para guru. Perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari dan pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya adalah aktiviti kayak, iktiar hidup, malam puteri lilin, latihan dalam kumpulan (LDK), dan banyak lagi. Fasilitator program terdiri daripada ahli Pengakap Kelana Siswa UTM. Dapat dilhat juga program ini dapat membentuk pelajar bertanggungjawab serta membina jati diri yang bersifat pemimpin. Terima kasih diucapkan kepada ahli Pengakap Kelana Siswa UTM kerana mengendalikan aktiviti program ini dengan baik sepanjang ianya berlangsung serta para guru yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung. 


 

 

 
 
 

 
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 


 




Tuesday, May 17, 2016

Kembara Mahkota 2016

17 Mei 2016: Pada jam 9.00 pagi murid-murid tingkatan 1, 2, 3 SMKB bersama AJK Penyelaras serta guru-guru matapelajaran telah bergerak keluar ke hadapan sekolah dan berbaris sepanjang jalan bagi menyambut ketibaan rombongan Kembara Mahkota Johor 2016. Semua murid begitu teruja menunggu ketibaan baginda yang amat disayangi oleh seluruh negeri Johor.

Setibanya rombongan melalui sepanjang hadapan sekolah, murid-murid menyambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan sambil mengibar-ngibarkan bendera negeri Johor.

Semoga pengalaman yang dilalui hari ini oleh semua murid akan memberikan suatu ilmu pendidikan yang bermakna kepada semua. 

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar-gambar seterusnya.

Monday, May 16, 2016

Sambutan Hari Guru SMK Benut 2016 "Guru Pembina Negara Bangsa"

16 Mei 2016: Sambutan Hari Guru kali ini agak sederhana tetapi cukup meriah. Seawal jam 7.30 pagi semua guru masuk ke dalam Dewan Baiduri dengan tepukan gemuruh oleh semua murid.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan seterusnya lagu "Guru Malaysia". En. Abd Rauf selaku pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU) diberi penghormatan untuk mengepalai untuk bacaan ikrar guru.

Acara diteruskan dengan ucapan pengetua dan bacaan perutusan. Tuan Pengetua dan semua Guru Penolong Kanan diminta pula untuk menyempurnakan acara gimik Gimik pelancaran.

Beberapa acara persembahan pelajar diselitkan bersama anugerah-anugerah khas guru seperti Guru datang awal, Guru berpakaian seragam kokurikulum lengkap dan Guru paling popular yang disampaikan dengan penuh bersahaja oleh guru-guru yang terpilih.

Guru oh Guru
Usman Awang, 1979

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 

 Untuk melihat koleksi gambar-gambar lain, sila klik DI SINI.

Saturday, May 14, 2016

Gotong Royong Landskap Oleh Panitia & Kelab SMKB

14 Mei 2016: Gotong royong membina dan menaik taraf landskap oleh panitia dan kelab telah dijalankan bagi penyediaan untuk pertandingan landskap peringkat negeri Johor yang bakal dinilai pada penghujung bulan jun nanti. Disamping penyediaan untuk pertandingan, ianya juga dapat mengurangkan stress dengan melakukan aktiviti dalam keseronokkan oleh guru-guru disamping mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru dan murid.

Semoga usaha yang sebegini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru dan murid yang terlibat.
























Tuesday, May 10, 2016

Program Mesra PDRM Bersama SMK Benut 2016

10 Mei 2016: Program Mesra PDRM telah diadakan di Bilik Mesyuarat As-Syafie SMK Benut. Seramai 47 orang murid telah terpilih untuk mengikuti program ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pegawai Perhubungan Sekolah, ASP Omar beliau menginagatkan semua murid agar tidak terlibat daripada melakukan kes salah laku sepert buli, samseng, dadah dan masalah gejala soaial.

Seterusnya muri-murid dipecahkan kepada 9 kumpulan kecil. Dalam kumpulan tersebut yang mengandungi seramai 5 orang murid, seorang anggota polis akan menjadi fasilitator bagi mendampingi lebih dekat lagi dan mendengar permasalahan yang dihadapi dan seterusnya memberikan bimbingan berdasarkan pengalaman anggota terlibat.

Semoga usaha yang dijalankan oleh PDRM akan menjadi satu langkah ke arah kecemerlangan sahsiah murid dan seterusnya akan meningkatkan juga kecemerlangan dalam bidang akademik.

Terima kasih juga diucapkan kepada PDRM Daerah Pontian di atas komitmen yang telah diberikan.